Thursday, February 21, 2013

Jurnal 2.1

Assalamualaikum...

okeh sambung kisah ke bandung lagi..
emmm, orang kata bandung tempat dunia shopping!!
tapii..
tapii..
tapi.....

disebabkan jadual yang padat, xdapat nak berlama-lama shopping..
yang popular dekat sana adalah Pasar Baru..
orang lain pergi dari pagi sampai petang,tapi kami pergi hanya sejam sahaja, itu pun beli kiriman orang..
sob2..

1. Pasar Baru Bandung (Bagus untuk beli kain ela, murah gila..!)
masa buka: 8pagi-5petang
Dekat sini pergi yang mana pak supir cadangkan, jadi dapatlah:
2 telekung, 4 baju batik, 5 t-shirt bandung, dan 2 kain pasang
Tak dapat nak tangkap gambar dekat dalam pasar, sebab kejar masa.. haha..
 2. Dago Street.. 
tak bernasib baik, sebab buka pada waktu malam jek.. so dapat lalu jek..



3. Chihampelas Walk (Ci-Walk)
Tempat nih memang dunia pelajar universiti dekat situ, tak jauh dari institute kejuruteraan..



4. Ciba Duyut
haa... tempat ni dunia barangan kulit, dapatlah beli:
5 beg tangan, 2 beg sandang, 1 jaket kulit
serius murah.. tiada gambar lak sebab banyak sangat penjaja jalanan.. seraammm..


5. Lotte Mart.. (err, macam familiar jek nama nih..)
Shopping mall ini terletak bawah hotel yang kami diami, so beli stok makan malam untuk 3 hari.. haha..



Tips-tips:

1. Activekan OVERSEA CIMB: haa, ni penting, kot-kot tetiba duit xcukup, serius dah masuk memang nak beli semua!! Keluarkan dekat atm lebih berbaloi-baloi daripada korang tukar dekat money changer dekat sana.

2. Jaga barang berharga anda: Dekat mana-mana memang banyak pengemis jalanan kebanyakannya anak bocil (kecil), so berhati-hati semasa anda tengah seronok bershopping.


okk.. nanti sambung lagi, tempat bersejarah pula..



Sunday, February 17, 2013

Jurnal 2.0


Assalamualaikum...

haaaiiii...
dah lame balik dari bandung.. tapi.. sangat rindu nak g lagi...
eh eh.. macam mana boleh ada dekat bandung?? haaa.. sebab ada conference dekat sana.. heheehehe..

24 September 2012 (dah basi dah nih.. haha)
ok.. sehari xda present, kami amek keputusan g TANGKUBAN PERAHU..
haa.. kalau nak tau location dekat mane Mr Google ada..

Sangat menarik..
perjalanan mengambil masa selama 1jam 30 minit untuk sampai ke puncak Tangkuban Perahu..
kami bernasib baik kerana tempat gunung berapi ini telah dibuka kembali setelah 3 minggu ditutup untuk orang awam kerana ada letusan kecil..

kata pak supir.. sejarahnya ialah apabila anak lelaki mencintai ibunya sendiri, sehinggakan ibunya mengarahkan anak lelaki beliau membuat sebuah perahu untuknya.. oh kalau diceritakan agak panjang, cuba google ok.. hahaha..

sesampainya di puncak, sangat sejuk beb, dala baju sejuk pon xbawak..
masuk ke tempat gunung itu kena bayar 50,000RP seorang ye..

peh.. memang cantik, dan bau yang sangat busuk menusuk ke hidung..
bau busuk tu adalah asap sulfur yang masih ada selepas letupan..

disebabkan kami sangat teruja untuk ke kawah ratu (kawah yang paling bawah dan sesuai untuk spa), yang kena melalui ranjau dan duri, kenalah bayar lagikan.. hehe..
sebanyak 125,000RP seorang (1 jam).. kalau tak nak pergi pon xpe, optional..
kalau nak merasa kolam air panas disanalah..
huhu..

well..biarkanlah gambar-gambar ini berbicara..

(1) 
(2)
(3)
(4) Berada di Pit Stop nak ke Kawah Ratu.. nampak tak bulatan tu? orang gunung sana kata tulah perahu yang terlangkup.. :0

(5) Nampak kawasan warna biru tu? itulah pit stop untuk turun ke Kawah Ratu. (1.5km to go!!!)

(6) Dah sampai kawah ratu setelah 40minit berjalan.. lama?? biasalah kawasan gunung ganang bukan kawasan lurus.. apa lagi sampai bawah rebus telur dekat dalam kolam yang 100degree panasnya..

(7) haa.. nampak tak ramai -ramai tu?? mereka tengah buat spa free (free ker?? ekk..)  dekat kolam panas kawah ni.. scrub-scrub sendiri k... hehehe..

(8) betapa panasnya air kawah tuh.. gulpp!! 100degree!!

(9) ops!! haha.. tula deme2 dok meng-scrub kaki.. tula dia tanah liat kawah ratu tuh.. ha.. sapa nak?? ada lagi ni!! orang gunung kata elok untuk lenguh-lenguh kaki..

Note 1: 
gambar 1-5 hanya perlu bayar tiket masuk jek.. jalan-jalan atas tu pun dah ok..
gambar 6-9 bayar  untuk ke kawah ratu yerr

Note 2:
a) STAMINA: kalau nak turun ke kawah ratu perlukan stamina tinggi, serius penat weh!!! balik hotel kaki sakit-sakit sebab tak pakai sport shoe. Masa nak keluar kawah ratu 1km (25minit) jalan itik pulang petang.. haha... ok.. jalan gunung ganang.. hahaha

b)  KAWAL NAFSU:  dengan penjual-penjual dekat situ, kalau tergoda gila duit habis.. haha

c) BAWA DUIT LEBIH: lagi, sila bawak duit lebih, sebab kalau dah lebih sejam di kawah ratu anda perlu membayar lagi, disebabkan kami terlebih 30min so kenalah bayar lagi.. lol..

adiosss~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...