Friday, May 27, 2011

Bercuti..

Alhamdulillah.. akhirnyaaaa ada kesempatan nak balik rumah.. rindunya nak balik... huhu... minggu ini agak sibuk sebab belajar benda baru.. contohnya macam mana nak membeli menggunakan invoice..

 Wah!!! 

setelah kian lama xberinteraksi dengan invoice ini.. huhu.. last masa dekat Latihan Industri.. lepas setahun kena belajar balik benda ini.. huhu.. Syukur Alhamdulillah, Dr hadiahkan sebuah Laptop, Printer dan juga Hard disk..

Dr: ha, ada peruntukan untuk beli laptop, so kamu carilah yang mana senang nak buat kerja..
Me: Dr serius ke ni? 
Dr: Betullah, cepat cari, kalau cepat buat surat, cepatlah dapat barangnya.. ha, saya pon nak order gak sekali..


cari punya cari.... jeng3.... setelah seminggu menunggu akhirnya tiba jua barang yang dinantikan.. dengan budget RM3000 untuk saya  dan Dr  = RM1649 dapat semua ni.. 


1. Acer Aspire Timeline X



2. HP Professional Laser Jet



3. Seagate External Hard Disk..
4. Samsung Galaxy Tab (Dr punya...)


yg lg dua xsmpt nak snap.. lepas barang dapat Invoice dan Delivery Order (DO) dari syarikat pun sampai.. lepas itu, kena hantar dekat RMC untuk tuntutan bayaran ke syarikat tersebut.. Free gift and service tak ada, sebab dalam LO @  term&condition, kalau beli barang guna invoice tak ada semua itu, so nak xnak kena install semua sendiri.. hahaha.. 


NOTE:  Selamat mengerjakan umrah kepada Dr dan keluarga, dan tak lupa juga kawan saya, Nazihah serta keluarga.  Semoga memperoleh ibadah umarah yang mabrur  dan  selamat pergi dan kembali.. InsyaALLAH..



MySpace

Thursday, May 19, 2011

Kita Hanya Merancang, ALLAH yang Menentukan Segalanya..

Kita memang suka merancang, tak kiralah dari segi apa pun.. Sebab tu Planner selalu ada di sisi, planner ini macam2 perkara kita sumbat perancangan yang akan dilakukan... tapi... 


tak semua yang dirancang itu akan berjalan dengan lancar.. kalau kita buat kertas kerja pun kena merancang macam mana kita nak melaksanakan dalam tempoh beberapa tahun.. mesti ada objective, methodology and expected outcome... Tapi... 

apa yang berlaku sekarang ini tak ada kena mengena dalam soal kertas kerja... nak kata sedih pon ada, tapi nak buat macam mana tak da rezeki.. mungkin rezeki bukan di situ.. Redha jela, sebab da macam2 usaha dilakukan, tapi tak berhasil.. tak pelah, ini akan jadi satu impak yang mendalam untuk melangkah pada hari seterusnya... 

InsyaALLAH...


SUCCESS DOESN'T COME TO YOU... YOU GO TO IT!!!


LOVE IS THE BEST MEDICINE, AND THERE IS MORE THAN ENOUGH TO GO AROUND ONCE YOU OPEN YOUR HEART


THE MORE YOU INVEST IN MARRIAGE, THE MORE VALUABLE IT BECOMES


IF YOU OBEY ALL THE RULES, YOU MISS ALL THE FUN


ATTEMPT THE IMPOSSIBLE IN ORDER TO IMPROVE YOUR WORK

Crd to Dr, sebab sudi share quotes  di atas.. thanks... 
Sambung balik buat kerja... lalalalala.... 
MySpace

Wednesday, May 18, 2011

Kehidupan baru

Assalamualaikum.... usai suda usia 4 tahun di UTM, berakhirnya sesi pembelajaran bertulis, exam dan sebagainya.. kini, sahabat2 yang rapat telah pulang ke kampung halaman.. tapi... saya masih di sini meneruskan perjuangan di UTM yang tercinta... bukannya setahun tapi 3 tahun.. lamanya, tapi blia masa berlalu kita tak sedar rupanya dah sampai waktunya.... sob3~~~

walau menangis air mata darah sekali pun semuanya akan berlaku juakan.. huhuhu... sedih lak, dah la xmau cita pasal buat sementara waktu..



Hari pertama mula jd RA, banyak da kerja menanti.. penat2... tapi gagahkan diri dari 8am hingga 5pm di dalam lab industri.. terasa lonely..... teringat dekat dia orang... aiii...



Di sinilah saya membuat kerja.. Dr kte xsiap pasang lagi tapi bolehlah duduk untuk sementara waktu...
internet sangat laju nak download cerita.. wa.. suka2...
petang itu bosan pergi borak2 ngan Dr..

Me: Dr, sunyilah sorang2 kat kolej, kawan semua dah balik..
DR: ala, xpelah nant boleh cari kawan baru dekat sini lagi..

emm.. ada gembira yang boleh menghiburkan hati.. yea!! thanks Dr... =)bila borak2 dengan Dr terubat sikit rindu sebab dapat nasihat yang memberangsangkan.. dan juga terubat sikit rindu dekat mak... ahh... bercerita dengan Dr bagaikan berborak dengan mak sendiri.. mak... rindunya... nak balik...

Dr.. Boleh saya balik x??? (monolog sendiri....)

MySpace

Monday, May 16, 2011

Serabut, Stress, Sedih…. PART 3

10 MEI
                Jadikan iktibar yang semalam, amek yang jernih buang yang keruh.. huhuhu…
Hari ini sesi mencari rumah sewa @ apartment murah untuk disewa… rupanya sangat susah nak berunding dengan orang.. macam2 kerenah.. sakit kepala… cari ni sebab sebelum ini ada pergi pejabat kolej tanya boleh tak sewa bilik...

Me: Kak, ada tak sewa bilik untuk yang jadi RA @ ARO?
Kolej: Xda, sebab awak bekerja dan dapat duit bulan2..
Ok.. memhami situasi terus pergi... petang itu gak pergi HEP kot2 ada rezeki dan HEP bley tolong...

Me: Puan, kalau saya nak duduk dalam ada kekosongan x? contohya macam RA @ ARO?
HEP: Xdala dik, tapi adik boleh tanya Pejabat Harta Bina mengenai Kuaters UTM untuk pekerja UTM..
Malas nak tanya panjang, terus berjalan ke Harta Bina, jauh kot, dengan panas yang terik dengan harapan semoga sampai sana dipermudahkan urusan... 
Sampai je dekat penyambut tetamu...

Me: Puan, ada peruntukan kuarters UTM x untuk RA @ RO
Harta Bina:  xda
……………………………………………………………….terdiam seketika……………..

Me:  tapi HEP kata ada, diaorang yang suruh pergi sini
Harta Bina:  emmm… pergi keluar pintu itu belok kiri naik tangga pergi ke Unit Perkhidmatan”
(sampai2 dekat unit itu…)
Me: puan, ada sewa kuarters dekat student RA x??
Harta bina: mintak maaflah, tahun ini sudah ditamatkan peruntukan untuk student master and phd and RO...
Me:  kenapa ye?
Harta Bina: sebab ramai yang tak bayar, kalau u staff, duit rumah itu boleh tolak siap2 dari gaji, tapi ini ada kes yang tak bayar langsung…
Me:  oh…. Terima kasih..
(dalam hati, Ya ALLAH… apa ini… HEP kata lain, Harta Bina kata lain.. maklumat tak sampai ke dekat HEP…. Ada konflik ke???)

                Lagi serabut kepala, perkara yang patut jangka boleh settle sehari  dua, jadi lama macam ni… Burn 1 hari uruskan pasal ini je.. sangat penat bila turun naik tapi tanpa hasil… sangat kecewa dan sedih… call abah, abah kata cuba cari rumah sewa ke, kalau abah boleh tolong abah tolong… lemah longlai badan melangkah balik… aihhhh… sampaikan thesis lupa nak amik ... bergegas jalan menuju bilik dengan harapan yang kosong... hermm….


11 MEI
                Pagi itu amik tesis dengan dia orang sebab da alang2 sangat..balik bilik… burn cd….. pergi jumpa DR…….. Dr cek…. Ok, bagus boleh letak dekat rak saya tu…

YES2!!! Alhamdulillah…. 

Lepas itu, buat kerja sikit dengan DR.. tak sedar jam dekat pukul 5.. 
Dr: kita sambung nantilah baik kamu hantar tesis ke library dekat library FKE...
berjalan ke Library dekat P06 IVAT… staff dekat situ cek2 tesis.. ok… cek2 cd………… 
Staff: eh?? Ni salah ni?? (dalam hati apa pula yang salah ini….) dik.. awak salah format penulisan file, sila betulkan k.. 
dan2 dekat situ gak betulkan.. Finally.. ACCEPTED!!!! Haaa.. lega sangat2.. satu kerja settle….

12 MEI
                Pagi ini agen rumah telefon, kalau bersetuju bayar deposit 2 Bulan, Bil air dan Api.. TOTAL?? Peh.. mampu lak nak bayarkan… memag taklah…. Duit pun xda… Lepas itu, call abah… 
Me: abah, macam mane ni?? Sewa mahal sangat..
Abah: memang macam tu lah dealnya kalau orang sewa, abah pun buat macam itu ada hitam putih dan mintak deposit..
............... diam sejenak… 

Me: abah, doakan orang eh boleh dapat duduk dekat kolej…
Abah: ye… abah dan mak sentiasa doakan… segala kesusahan itu ada penyelesaiannya, banyak2lah berdoa..

........sedih..,,, sudah nak mengalir air mata bila mengenangkan semuanya, tapi menahan diri supaya tak menyusahkan abah lagi….sangat2 sedih bila mengenang nasib diri… sangat2.. nak cerita dekat kawan2 macam bebankan… mungkin inilah dugaan yang ALLAH bagi untuk hambanya.. mungkin ini saatnya menguji ketabahan diri ini.. ye.. setiap apa yang berlaku itu sebab kita mampu menanganinya…

                Petang itu, cepat2 buat surat sebagai saksi untuk sewa bilik dekat dalam.. banyak kali fikir nak bagi alasan apa supaya dapat duduk dalam.. akhirnya surat sudah buat, pergi jumpa DR.. Orait done….. lepas itu, ajak ersha teman pergi RMC hantar surat RA, peh.. kena reject beb sebab xckup dokumen.. pergi dengan hampa lagi… tangguh lagi esok…

                Petang sikit…. Ada kawan call… nak tumpang duduk sebilik… peh… xtau nak kata apa.. alasannya sebab duit yang aku dapat lagi banyak dari dia… peh… senangnya… aku berulang kali ke hulu hilir, jalan kaki semua, senang2 jew.... bila tanya kawan lain, dia kata dia tu memang macam itu, tah bila nak berubah.. kalaulah dia itu terbaca, minta maaf banyak2, saya da biasa bilik sorang, kalau nak duduk sama boleh, tapi sama blok BUT different room.. kita sama2 bayar dan sama2 menikmati keselesaannya…

13 MEI
                Pagi tadi jumpa Dekan RA, alamak, tak dala pula, tinggalkan surat dekat situ, S/U dia kata amek petang.. nak xnak kena redha… lepas itu, melangkah ke HEP lagi buat kali ke-3 setelah bermain pingpong di antara kolej dan HEP..  beberapa hari yang lalu…

Me: kak, boleh sewa bilik untuk 3 bulan x??
(terpaksa bagi alasan lain.. huhuhu…)

Kolej: adik kena pergi HEP kalau ada kekosongan bilik baru boleh bagi… sebab ramai student kolej ini nak sewa”.
(dalam hati, ramai sangat ke? Besa kot kolej itu…)
Hari itu gak melangkah pergi HEP tanya… 

Me: puan, saya nak sewa bilik untuk 3 bulan boleh?
HEP: sila bagi surat sokongan…
Lepas bagi dan dibaca dengan teliti…

HEP:  dulu duduk kolej mana??
Me: kolej tut3…..
HEP: haaih… patutnya kalau sudah duduk kolej itu kenapa tak mintak direct je? Tak payah susah pergi sini..

………………………tergamamseketika………… 
no idea……………….. 
buntu…………..
konfius……………………..

Me: tapi puan saya sudah pergi kolej, pihak kolej kata pergi HEP macam mana ni?? Penat puan saya ulang alik ni…
HEP:  kejap, saya call kolej itu
Setelah berbincang lama dalam telefon, HEP bagi keputusan dengan menulis sesuatu dekat atas surat itu…

HEP:  haih.. xpaham lagi gaknya semua kolej ini, da ada hitam putih da kalau student nak sewa terus direct ke pejabat kolej, ni nak juga suruh HEP settle, da banyak surat saya dapat hari ini berkenaan perkara yang sama.. nah.. awak bagi ini dekat pejabat ok…
Me:  terima kasih, mintak maaflah puan menyusahkan..

Emmmm…. Turun balik bilik… jam dekat pukul 1pm kompem pejabat tutup…\
..........balik rehat jap…

 3pm, hari mendung…………. Pertengahan jalan………….. HUJAN!!!!!!!.... oh NO…….
Nasib bawa payung,……… sampai kolej da basah sikit,Alhamdulillah settle……………..  call abah....
Abah: abah sudah dapat bilik terima kasih sebab doakan orang…. 
Borak punya borak, abah cakap pasal kereta....
Abah:  kereta masih xkompem lagi, ada rezeki adala..
Me:  emm.. xpelah abah, orang xkisah sebab da dapat kolej dekat dengan fakulti, nanti kalau ada kursus ke apa orang carik cara lain..
 .......emm.. senyap………………
abah: bila nak balik??
..................…………… 
Me: xsempat balik lah abah hari isnin nak mula dah kerja tapi ada yang xsettle lagi…
abah: ………. oh… xpelah macam itu, nanti ada masa balikla…
……….nak nangis…. Serius nak nangis…… (mak abah minta maaf sangat2…. Minta maaf…. Bukan sengaja tapi kalau bukan sebab kontrak dan masalah macam ini, sekarang ini da ada dekat rumah da… sedih tersangat2….……..)

rancanganny nak gerak pergi RMC lagi….. hujan sangat2 lebat mencurah bumi…….. xkan nak redah kot.. dala sangat takut dengan petir……. Duduk menunggu hujan reda, 

20min………… 40min…1 jam… jam sudah pukul 4.10pm…. 
hujan masih lebat… buat keputusan balik bilik… habis lencun baju, tersangat2 lencun walaupun pakai payung….. sampai bilik………. 15min kemudian………… tiba2 hujan reda……… Tak hujan walau rintik2…. Apakah?? Xkan nak pergi gak sebab jam da pukul 4.35pm… tak sempat nak jalan ke sana, last2 masak nugget dan makan ayam… STRESSSSSSSS!!!!!


p/s: aku ni jenis tak kisah kalau usaha cari sama2… selagi boleh bergerak dengan tangan kaki sendiri, selagi belum cacat sana sini, aku akan uruskan sendiri… seboleh-bolehnya jangan susahkan orang lain.. aku boleh pergi ke sana sini dengan jalan kaki je, kalau tak larat sangat naik bas pergi  balik… kalau difikir-fikir, kalau bukan semangat nak sambung belajar aku tak buat semua ni.. kalau ikut hati nak je balik rumah tolong mak niaga sebab mak dah offer dah awal2… kadang2 kalau betul2 terdesak baru ajak akmal atau ersha.. serba salah ajak sebab ini semua urusan sendiri masa depan sendiri… Hanya ALLAH mampu balas jasa baik diaorang… terima kasih sangat2…..





MySpace      <<<<<<<<<<<<<<<the end.................>>>>>>>>>>>>>

Saturday, May 14, 2011

Serabut, Stress, Sedih…. PART 2

9 MEI

 Hari yang memenatkan.. lepas subuh tunggu buah untuk dipotong sebab ada majlis perpisahan dengan pensyarah dekat MEP.. Lepas tugas selesai, terus gerak pergi kedai Photostat Lily untuk print tesis… Sampai2 je.. Ramai….
 Lepas tu elektrik terputus!!!!
 Sekali… 
Dua kali…. 

Tengah2 edit dekat computer….. kali ke-3 elektrik xda…. 
Ya ALLAH… Dugaan apa ini…
 tungu kejap…..............
 black out lagi…. Last2 akak itu kata datang petang kang datang itu pun xsure kalau elektrik da ok.. Aigoooo… buntu… termenung.. serabut fikir… keluar Lily nampak kedai sebelah IP Photo.. fikir2 3 kali nak print tak sebab

black 6-8sen
Colour RM 1

Bila fikir2 mahalnya… nak buat sekarang ke esok2 je.. fikir punya fikir… print jela da alang2 xkan nak tangguh2 lagikan… lepas semua print.. amek kaw… RM76!!! Memang gila ah.. nak tak nak kena bayar.. tak ada diskaun langsung!!! Da tak nak fikir pasal duit bayar je asalkan settle hari itu gak.. lepas itu g hardbound dekat Rainbow… siap esok pukul 7 malam… masa tu jam da menunjukkan pukul 12.10pm.. Alamak!!! Majlis nak mula da!! Bergegas balik pergi MEP…. 15min kemudian.. FUHHH!! Nasib baik sempat sampai sebelum mula, em.. tapi ada gak yang lagi lambat.…

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya.. Sesi ucapan, makan2 lepas itu bergambar… pensyarah balik bilik, sesi mengemas… Ketua pengarah dah arahkan sesiapa yang tugas mengemas pergi kemas, tapi…. Tak ada yang bangun tapi duduk berborak, sampaikan ketua sendiri yang kemas.. Aku kesian terus tolong apa2 yang patut.. sampai habis kemas dia orang tak berganjak gak nak tolong2 padahal ramai je perempuan dalam kelas itu.. diaorang hanya mampu melihat… melihat… dan melihat….. sambil2 itu aku cakap dalam hati.. 

"Ya ALLAH, janganlah nanti kalau perempuan2 ini berkahwin mereka begini.. tak manis orang tengok…" Berubahlah, walau majlis macammana pun, pakai cantik macam mana pun kerja perempuan tetap di dapur.. Alhamdulillah mak didik dari kecik kalau pergi mana2 majlis suruh tolong.. xkiralah pakai baju kurung ke, mekap ke, tetap mak cakap “ siti… pergi tolong apa2 yang patut dekat dapur itu...” nak tak nak kena bangun pergi tolong, sebab bukan kenal pun sesiapa sedangkan sepupu pun jarang jumpa.. ha.. da start dekat dapur apa lagi borak2 sambil buat kerja.. huhuhu… mak selalu pesan, “sebab kita tolong ini menandakan kita berterima kasih dan megurangkan beban pada isi rumah tersebut..”  tapi.. tahla....
 just pelik…
 sangat pelik…. 
 Setiap kali majlis orang yang sama buat kerja...... xda sesiapa memaksa sebab itu semua datang dari hati…


MySpace
.............. BERSAMBUNG........

Cara menangani stress..

nak selitkan sedikit tips untuk menangani stress dari sudut Islam...
STRESS??? semua org ada cara tersendiri untuk mempamerkan stress itu, ada juga sampai boleh jadi gila sebab terlampau banyak fikir yang sampai xboleh selesaikan dengan betul.. Nauzubillahi minzalik.. moga dielakkan semua itu... selagi boleh dilunturkan dengan ayat suci al-QUran.. Alhamdulillah... benda ini adalah satu penyakit yangada pada semua orang, cuma caranya sahaja yang berbeza.. meh.. kita tengok tips2 di bawah...

 10 cara mengatasi tekanan hidup

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an


Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yangsesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan- rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya




terima kasih kepada blogger ini kerana berkongsi ilmu yang ada...



MySpace

Serabut, Stress, Sedih…. PART 1

Yea.. da boleh update... cerita dibawah cuma nak berkongsi pengalaman mengenai apa yang kita nak itu bukan mudah dan senang macam petik jari.. tapi banyak betul liku2nya.. ini semua adalah cerita sebenar... huhuhuhu...

5 MEI
                Paper akhir…. Exam penutup dan hari terakhir di UTM.. Dengan niat nak balik lepas farewell 4SEP hari isnin tu.. Tapi… banyak betul dugaan yang datang.. siap da bagi tahu mak nak balik rumah dalam 2 3 hari lagi….

6 MEI
                Siapkan 3rd draft julung kalinya.. masa 1st draft DR. cek grammar dan spelling.. 2nd draft cek format.. lepas tu adalah format terlebih 0.5cm, kena reject.. sedihnya.. 3rd draft…. Alhamdulillah DR accepted dan boleh hardbound.. disebabkan hari sudah petang dan borak2 dengan DR mengenai RA terus terbantut niat nak pergi print sebab ada kena edit2 lagi supaya bila print xlari…
 solutionnya::: convert file to .pdf..

7 MEI 
                Mak telefon lagi tanya “bila nak balik ni…banyak urusan nak dibincangakan…” 
……….. tiada jawapan................
senyap seribu bahasa.. lepas tu baru buka mulut cerita semua masalah dekat mak.. sedih.. mampu tahan air mata je.. mak kata “xpelah, nak buat macam mana, mak doakan semoga semuanya berjalan lancar dan solat hajatlah supaya dipermudahkan jalanNYA”…. 
Lega hati bila mak bagi sokongan… Terima Kasih mak… sebab tak tahu nak luah kt siapa lagi.

8 MEI
                Hari ini abang xda, ada PERAP ala2 majlis perpisahan lak gamaknya, dengan budak kelas dekat Pantai Lanun Mersing,, keseorangan sebab hp xberbunyik langsung.....Bosan.. call abah… abah cakap pasal kereta.. abah kata “sekarang ni 50-50, sebab ada masalah…” bila abah cerita apa masalahnya baru faham..  yela, keluarga bukan kaya mana, abah mak berniaga air je untuk menampung 6 orang anaknya, dulu abah pesara tentera, lepas tu berniaga persendirian.. Jual air setiap hari dekat Taman Nirwana Ampang, kalau balik cuti semester nak cari duit lebih ada gak tolong mak dekat kedai.. huhuhu.. kalau puasa hingga raya mak jual kuih raya dan kerepek depan rumah.. semuanya HOMEMADE STYLE.. semua mak yang buat kita orang adik beradik tolong2 yang mana patut.. Tapi mak buat kerepek dan kuih memang SUPERB la.. xda sapa boleh tanding… org bagi tahu abah.. bahasakan diri 'orang'
 “ tak pelah abah, nant orang usahakan duduk dekat dalam UTM, abh doakanlah semoga dapat k..” emmm... mak abah sentiasa faham akan anak2nya.. sangat bersabar melayan semua kerenah… adakah kita nanti mampu  membalas jasa mereka akhir hayat kelak?? 

Hanya ALLAH dapat membalas semuanya.. kalau ikut awalnya, memang tak terniat di hati mintak abah bukan2.. tak pernah terlintas langsung!! Cuma ada meminta hasrat untuk pinjam kereta abah bawa ke sini, tak kisahlah buruk mana pun orang nak cakap, tapi sangat bersyukur ada kenderaan untuk bergerak.. yela, selama  ni tumpang akmal dan ersha je.. memang tak terbalas jasa dia orang… terima kasih korang berdua… huhuhu…

...............bersambung..............



MySpace

Monday, May 9, 2011

Permainan komputer yang menghina Islam

Pada suatu hari.... menurut al kisah... hehhe.. ada terbaca satu blog ni yang memaparkan permainan komputer yang menghina Islam... Dala jenis kaki main games dan kalau da mula main game tu da tak ingat da benda lain.. huhuhu.... kadang- kadang tu da tak sedar dekat 2jam main tanpa henti... heee....dan ada juga game2 yang tersebar tu telah naik ke level yang lebih tinggi... Iskh2... nasib baik tau awal, terus buang game2 tersebut... Peringatan untuk semua sebagai seorang yang beragama Islam...

contoh2 game tersebut adalah...
1) Devil May Cry 3
2) Clive Barker Undying
3) Zack And Wiki
4) Prince Of Persia
5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes
6) Stronghold Crusader
7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock
8) Resident Evil 4


kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari blogger ini.. banyak yang tersembunyi kita tahu... Alhamdulillah... ^___^



MySpace

Friday, May 6, 2011

Kasihnya Ibu...

Semanis kurma... dapat tengok 20minit yang terakhir je.. gara2 elektrik terputus.. tapi dalam tempoh itu banyak perkongsian yang amat menyayat hati.. tetiba teringat mak dekat rumah pagi2 begini... Memang betullah kasih ibu membawa ke syurga... ada sedikit menitikkan air mata apabila ustazah membaca serangkap pantun khas buat ibu... rangkap terakhir adalah... :berbaktilah kepada ibu selagi hayatnya masih ada".....

Teringat pesanan mak semasa masuk universiti dulu, mak pesan.. "kalau dah pandai dan berjaya nant jangan sombong dengan orang.. sepandai mana pun kita di dunia ni, ada lagi yang lebih pandai dari kita.." mak kata lagi... Nant duduk universiti macam2 orang kita jumpa, tapi kita jangan jadi macam orang2 tu, jangan sombong dengan apa yang kita ada, ilmu yang ada, sebab walau pandai macam mana pun kita, walau banyak mana pun kita tahu, banyak lagi kena belajar... ingat tu..."" Baik................,insyaAllah semua itu akan tersemat dalam hati.. Sayang mak... ^___^



RIAK dan TAKBUR


perkataan RIAK mengikut maksudnya ialah seseorang yang berlagak atau angkuh dalam sesuatu perkara dan dalam sesuatu keadaan. Maka jelaslah disini sifat riak itu tadi ialah salah satu sifat yang memang tidak disukai dan ianya bukanlah menjadi ajaran dalam agama ISLAM. spertimana yang hamba paparkan di bawah ini melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai termasuk kitab hadis::


-- Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan AMALAN seseorang iaitu antaranya ialah takbur atau sombong(RIAK)


-- Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, AMALAN tidak mempunyai erti.


-- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)


-- riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada AMALAN. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.


-- Allah tidak akan menerima suatu AMALAN yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.


-- Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)


-- Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)
Link yang sangat menarik






rindunya nak balik... da lama sangat tak balik.... memang kasih sayang ibu bapa itu sangat2 tak ternilai.. walau susah macam mana mereka sekali pun tak pernah nak tunjuk dekat anak2.. emmmm..... 




MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...