Saturday, July 30, 2011

Ahlan ya Ramadhan..

Assalamualaikum...
Ahlan Ya Ramadhan...
Alhamdulillah Ramdhan tiba lagi...
sudah 4 tahun tak dapat puasa pertama dengan family..
kali ini, diberi kesempatan untuk berpuasa bersama pada Isnin ini..

Semoga Ramdhan kali ini akan meningkatkan amalan ibadah kita..
InsyaAllah..




MySpace

Wednesday, July 27, 2011

Home sweet Home

Assalamualaikum...
home sweet home...
rumah bagaikan syurga..
haha..
 curi masa tulis blog..
ha..

moh rmai2...
order kuih raya..
malam ni kena tidur lewat sebab siapkan tempahan kuih raya..
nak tahu kuih apa yang dijual..??

tungguuuu...

gerenti sedaappp punya...
haha..


p/s; bila hati disakiti, beginilah jadinya..
adios~~~
lalala~~~


MySpace

Sunday, July 24, 2011

Merehatkan Minda...

Assalamualaikum....

Hari ini akan pergi jauh untuk merehatkan minda, akal dan fikiran daripada belenggu di tempat kerja... hehehe..
(padahal nak balik rumah jek)

Oklah...
Jumpa lagi sahabat2 yang berada di UTM, nant kita jumpa lagi...
Annyeong....

Sayonara...





P/s: Walaupun bercuti, tetapi macam tak cuti sebab banyak urusan perlu di selesaikan... 
Adioss~~~
lalalala~~ 
Packing2... 

MySpace

Friday, July 22, 2011

Buat apa tu..?

Assalamualaikum...
dunia blogger...

buat apa tu.. da makan? tengok tv? siapkan keje? tidur?
hahaha...

bila berborak dengan kawan mesti ada soalan macam ini..
"sibuk x?"

"buat apa tu?"

hahaha.. 

bila ada orang tanya..
inilah jawapannya...


Game time!!!


Cityville

Empires Allies
Madcaps

Kalau sudah bosan main game, 'show variety time!!!!'

RUNNING MAN!!!
walau sudah tengok banyak kali tak pernah bosan..

p/s: adakah anda stress??? cubalah, serius stress anda akan hilang... hahaha..
Adios~~
MySpace

Monday, July 18, 2011

Dia semakin tenat...

Assalamualaikum....

Entry khas untuk si "dia" yang ku kenal selama 4 tahun yang lalu...
Dulu bila mula-mula kenal, "dia" sangaaaaaaat sihat dan cantik, mula jatuh cinta dekatnya.. 

Tiap-tiap hari make-upkan "dia".. tak boleh comot sikit mesti nak make-up..

tapi...
..
..

kini...
..
..


"dia" makin tenat...

dan semakin tenat...

Bila bangun muka "dia" buruuuuk sangat.. nak tengok pon tak boleh.. sakit mata bila tengok... 

Bila bercakap suara "dia" serak-serak basah, kena pasang alat kecemasan...

Bila "dia" berjalan kadang-kadang "dia" tersadung... terpaksa tunggu "dia" bangun semula...

Bila "dia" tidur, sangat lambat untuk melelapkan mata...
Janganlah macam ini..

kalau "dia" sakit selalu bawa pergi hospital, banyak sudah duit habis sebab "dia".. nak tau sebab pe, sebab saayaang sangat dekatnya...

kini..

"dia" sudah ada kawan...

"deme" pernah duduk sebelah-sebelah..
sejak itu "dia" tunjukkan perubahan...
disebabkan itu "deme" kena duduk jauh-jauh buat sementara waktu..


tapi.. 
..
..

rasanya...
..............

"dia" merajuklah...

macam mana nak buat ni... tolonglah bertahan ye... saya masih perlukan mu..

 banyak rahsia "dia" sudah tau...

Untuk my Lappy, sihatlah kembali ye... jangan sakit-sakit tau... =(

Terima kasih Mr.Google... 


p/s: teringat masa dekat sekolah rendah kena tulis karangan macam ini.. hehe.. kali ini teringin nak jadi macam dulu.. so.. "riwayat laptopku"
huhuhu
Adiosss~~



MySpace

Ada baiknya..

Assalamualaikum...

cuba teka apa dia???
ha..

saja nak kongsi kebaikan menangis sebenarnya..

rasanya...

ramai sudah tau kot...

kali ni tetiba  nak post dekat entry sendiri..
hehehe..

enjoy~~~



1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.

credit to: 1 , 2


p/s: kadang - kadang tu bila tiada teman mengadu beginilah jadinya.. hehehe.. so, layankan jek...
lalalalalala~~~
Adios~~~`



MySpace

Sunday, July 17, 2011

6T 6B 6H

Assalamualaikum....
Baru perasan rupanya...
Genaplah usia perkenalan kami sampai hari ini menjangkau angka....


Tak sangkakan...

Sekejap je masa berlalu...

tup tup sudah 6 tahun...

Soalan yang sentiasa di dengar
"Bila korang nak kahwin ni? lama sangat da kenal"

kih2...
...
...
...


p/s: Kalaulah duit itu banyak macam daun dan laju macam air yang mengalir... Alangkah indahnya... hehehhehe... 

MySpace

Thursday, July 14, 2011

Sampai Bertemu~~~

Assalamualaikum... ^___^

haha...

akhirnya..
sampai bertemu kembali dengan Adik Kayu!!! 
emm..
berapa lama ye tak jumpa...
........

err... dekat 2 bulan kot.. last  jumpa masa kenduri kawin akak akmal...
haha.. 
mmg dari malam tadi pot pet pot pet xsudah2...


emm...
malam ni adik kayu nak pergi balik perak da, sebab ada hal disana.. 
kih3...

Sampai bertemu lagi adik kayu...

Semoga berjaya~~~ 


  
MySpace

Monday, July 11, 2011

Pengurusan Kewangan...

Salam...
dek sibuk orang sedang dibuai mimpi... di sini masih memikirkan masalah yang tak selesai2..
haha..
saja nak share cara pengurusan wang yang betul..
al-maklumlah baru dapat merasa pegang duit sendiri, walaupun tak seberapa an..
huhu... tapi yang penting syukur alhamdulillah...
walaupun entry in agak panjang, tapi sangat berguna, korang cubala ye.. =)

Ha.. meh tinjau2 tips di bawah::

Pecahan pendapatan yang ideal adalah 30% untuk simpanan dan juga 70% untuk perbelanjaan. Pembahagian wang gaji ini dapat membantu kita untuk mengelakkan dari berhutang dan juga dapat memberi kesenangan di hari tua anda.

70% perbelanjaan merangkumi dua jenis perbelanjaan iaitu PERBELANJAAN TETAP (Fix Expenses) dan juga PERBELANJAAN BERUBAH-UBAH (Adjustable Expenses).

Perbelanjaan tetap ini termasuklah ansuran kereta, sewa rumah, pembayaran bil air, elektrik, brodband dan sebagainya. Manakala, perbelanjaan berubah-ubah pula merupakan perbelanjaan yang terdiri dari kegunaan harian, peribadi, hiburan, top4, minyak kereta dan sebagainya yang anda sendiri tentukan.

Bagi perbelanjaan berubah-ubah, anda boleh berjimat cermat dengan mengurangkan jumlah wang yang digunakan untuk perbelanjaan ini contohnya seperti topup telefon anda. Anda boleh kurangkan wang bagi perbelanjaan berubah-ubah ini dengan mengurangkan penggunaan topup.

Manakala, bagi 30% gaji pula digunakan untuk simpanan. Wang sebanyak 30% dari gaji anda ini hendaklah diambil atau dicabut keluar semasa awal bulan dan bukannya pada akhir bulan setelah wang anda sudah hendak habis. Anda hendaklah mendisiplinkan diri melaksanakan pembahagian gaji ini supaya anda tidak akan menyesal dihujung bulan. Nasihat saya, semasa menerima gaji anda harus keluarkan 30% terus dari akaun tersebut dan dipindahkan ke akaun lain

30% gaji ini meliputi 10% simpanan untuk kecemasan dan 20% untuk 'Rezab Gaji'. Rezab gaji adalah jumlah duit yang perlu disimpan secara tetap sebagai modal imbuhan duit anda. Anda harus ingat, wang rezab gaji ini tidak boleh disentuh langsung dan hendaklah disimpan mencapai tahap minimum 4-6 bulan jumlah gaji anda. Ini adalah sebagai backup jika tiba-tiba anda diberhentikan kerja atau kontrak kerja anda telah habis.

Wang simpanan kecemasan pula adalah sebanyak 10% dari 30% gaji anda. Wang ini hendaklah disimpan di dalam akaun yang berlainan supaya tidak digunakan untuk perbelanjaan. Wang kecemasan ini boleh digunakan untuk waktu kecemasan seperti membaiki kereta yang rosak, duit klinik gigi, duit klinik atau keadaan yang memerlukan wang segera.

Contoh dibawah:
sekiranya anda dapat gaji dalam RM2000

ha.. yang ni.. 30% = simpanan + utiliti + rezab
Tapi.. 
disebabkan kita masih ada mak ayah lagi haruslah menghulurkan sedikit betul x?
mak pernah pesan "walaupun jumlah wang yang diberi tidak seberapa, sebenarnya insyaAllah rezeki akan datang berganda banyaknya..."

Dari contoh diatas, saya yakin anda akan dapat menyesuaikan diri anda dengan pendapatan yang anda ada.

Jika anda memiliki kehendak melebihi gaji anda, anda hanya ada 2 pilihan sahaja.

1- Cari pendapatan sampingan. atau.
2- Lupakan saja kehendak anda itu.

p/s: disebabkan juga belum berkahwin dan bakal berkahwin haruslah juga menyimpan sedikit demi sedikit betul tak.. ini adalah contoh, dan pengurusan wang terletak ditangan masing-masing.. lain acuan lain caranya..
hehehe..
adioss~~~
MySpace

Saturday, July 9, 2011

Mencari Ketenangan

Salam...
haha, hari yang sangat stress, membuat keputusan berjalan berseorangan meronda sekitar Taman Universiti...
Ronda punya ronda jumpa pasar malam, beli air asam boi je sebab tak tahu nak beli makanan apa...

setelah itu berjalan2 sehingga tak sedar hari da malam...
emm.. mungkin diri ini ingin keseorangan menenangkan jiwa yang kacau..


emm.. nampaknya diri ini kena jadi seperti 2 tahun lepas menyendiri tanpa perlu tahu hal orang lain yang kadang2 tu tak pernah rasa kewujudan kita...
terasa diri ini seolah2 dipergunakan..
ye... 


nekad untuk menyendiri kembali supaya hati ini tidak dilukai lagi dan mungkin tak ada yang akan sedar akan kemunculan diri ini lagi...
Adios~~~

P/s: mencari ketenangan Ilahi....


MySpace

Friday, July 8, 2011

Sensitif ke?

Sensitif ke?

hahaha...

xpelah nak buat macam mana

Mungkin xsudi


Sedih? Kecewa? 

Tahla malas nak kata apa lagi

Adiosss~~



P/s: dah tak tahu nak cerita dengan siapa, alih2 blog jadi tempat meluah rase, betul x adk kayu?? hik2..
abang sibuk dengan competition.. emm.. 
Hope team Utm Boley Buat Yang terBaik.. YEh!!

MySpace

Wednesday, July 6, 2011

Berfikir macam engineer??

Salam... Pernah dengar tak ungkapan ini? hehe..

Dulu selalu dengar yang pensyarah2 selalu fikir jauh sangat macam mana nak selesaikan masalah, betul x? walhal jawapan itu sudah ada di depan mata nak juga lencong sana dan lencong sini... 
huhuhu...


alih-alih kena dekat diri sendiri..

emm.. memang betul, engineer always think critically and have a lot of junction.. (err.. beTul ke..)


p/s: doakan kami semoga penyelesaian yang dapat tadi dan berada di depan mata akan tercapai..
 InsyaAllah.. 
=)


MySpace

Tuesday, July 5, 2011

Kenapa ye..

Salam...

Emm.. semalam dikejutkan dengan berita tak berapa baik bahawa bilik yang disewa sekarang meningkat RM15 sehari mulai minggu depan.. Apakah?? dalam kesibukan siapkan kerja dekat lab ada berita macam ini, tiba2 terus tiada mood nak buat.. disebabkan tak percaya, balik awal dengan seorang sahabat bertanya sendiri dengan penolong pengurus asrama... 

jawapannya:: ye, memang benar..

Serabut kepala sampai ke bilik.. 
telefon abah luahkan perasaan, abah tak tahu nak kata apa, nak nangis masa bercerita..

Me: Abah, macam mana ini, nak bayar memangla boleh tapi macam tak mampu jek, macam duduk rumah sewa pula.. (sambil menahan air mata..)
Abah rasa kasihan bila dah dengar suara lain macam je..
malam sikit... abah telefon lagi, borak dengan mak..
Mak: macam mana boleh kurang?
Me: emm.. tak pergi lagi, tak tahu nak kata macam mana bila jumpa nanti sebab da keluar pekeliling...

Solution??? ............................. Pending..........................
Pause......................


P/s: ada senior yang ingin membantu, bukannya kata tak mahu, tapi perlu fikir jauh ke hadapan untuk masa yang akan datang ... Terima Kasih ye senior2 tersebut kerana mengambil berat.. =) 
InsyaAllah ada jalan-NYA..


MySpace

Saturday, July 2, 2011

Renungan Bersama 2...

Salam.. 


Hari ini mendengar luahan hati ke hati dengan seorang sahabat.. bila berborak-borak teringat seorang lagi sahabat yang berkata:

" Orang yang kaya semakin kaya, orang yang miskin semakin miskin"
haa... bila difikirkan ada benarnya...

::Contoh::


Bila dikaitkan mengenai wang, semua orang akan berkira.. 
Betul x??? 

tapi kita boleh lihat disekeliling kita, selalunya siapa yang hulur duit.. 
Bos ke pekerja??

 mesti pekerja bukan??

hahaha.. kalau di antara kawan siapa? mesti orang yang kurang duit poketnya..

Tapi... kalau dilihat kembali, orang yang tak kedekut dan tak berapa kaya inilah lagi murah rezekinya yang ALLAH s.w.t bagi..
  lihatlah di sekeliling anda ye.... hehe



P/s: Kita ini hidup bermasyarakat.. yang susah kita tolong yang senang kita kongsi bersama.. Tetapi kita kena ingat janganlah sampai menyusahkan orang lain...kasihanlah dekat orang yang mengeluarkan duit sampai beratus2 tetapi kita ambil kesempatan itu dengan menggapai keselesaannya... 
emmm....

Adioss~~~ 

MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...