Thursday, April 28, 2011

Semanis Kurma::: Perigi Mencari Timba:::

sebuah topik yang amat menarik untuk dikupas dalam sesi perbincangan kali ini.. isi yang sangat menarik untuk di"highlightkn"... huhuhu... tak salah rasanya menghilangkan stress belajar dengan mendengar ceramah2 macam ini kannn.. heee...

Dari segi fahaman sendiri, apa sahaja yang kita lakukan mestilah ada usaha dan hasilnya akan berbuah kalau kita berusaha.. tidak kiralah dari segi apa pun.. mencari jodoh ke, belajar ke, kerja ke dan macam2 lagi.. semua itu akan berhasil kalau kita berusaha selagi berada dilandasanNYA... tak semua orang suka kalau orang lain yang menjadi orang tengah dalam segala hal untuk membuat keputusan untuk dirinya, tetapi ada juga yang perlukan bantuan orang lain untuk mengiakan keputusanya itu.. (aiyooooo.... apa lah yang pusing2 ni... pening suda... ) ^_________^     so, untuk dikaitkan dengan isu kali ini, xsalah perigi cari timba TETAPI ada adab2nya... huhuhu...

Antara yang Ustaz Aqasha beritahu tadi, adab2nya ialah::


1. Menjaga pakaian supaya tidak terlalu menjolok mata
2. Serius dengan ucapan atau pergaulan, jangan diselangi dengan suara yang menggoda
3. Sentiasa menjaga pergerakan dan mengelak dari melakukan lenggok tubuh yang menarik perhatian
4. Jangan berdua-duaan, seeloknya berjumpa dihadapan ibu bapa.. 
5. Jauhkan diri dari berjumpa di tempat2 yang sunyi atau menimbulkan fitnah
6. Janganla terlalu over untuk memberi  hadiah kepada pasangan, seeloknya  jangan selalu.. 

Di akhir perbincangan ini, ada diselitkan doa2 yang boleh diamalkan untuk mendapat jodoh::
1. Surah Yusuf : 4
2. Surah Al-Anbiya: 89
3. Surah Toha: 39

Tutup sudah tirai perbincangan ini.. isu yang amat bermakna untuk diri sendiri juga... Renung2kan dan Selamat Beramal.. Cewahhh.. cm ayat dalam tv lak... huhu...

 "Kalau kita berkongsi ilmu, tak salah rasanya, sebab ilmu itu tak akan hilang@ lokek dizaman, bahkan orang yang menyampaikan itu lagi besar pahalanya dari yang menerima.. walaupun apa yang disampaikan ada sikit percanggahan tetapi kepada yang menerima ilmu itu hendaklah juga berusaha untuk mencari bukti adakah semuanya itu benar ataupun tidak janganlah kita terima sebulat-bulatnya.. kesimpulanya kedua-dua pihak hendaklah mencari jawapanya dan duduklah satu meja untuk berbincang..heeee..."

"Emmm.. Muhasabah untuk Diri Sendiri Juga" "Kita tak sempurna tapi kita kena berusaha untuk menjadi yang lebih sempurna"

   
::::::Salam::::::
  


MySpace

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...