Friday, June 10, 2011

Shell Eco Marathon team UTM..

 nak share sikit mengenai pertandingan ni.. Shell Eco marathon ini diadakan untuk melihat bakat terpendam pelajar universiti di asia ini untuk mereka sebuah kenderaan yang boleh menjimatkan minyak dengan hanya 1 liter petrol sahaja.. Dan dengan 1 liter ini berapa kilometer kenderaan mereka boleh pergi, yang paling jauh itulah pemenangnya.. (err.. betul ke? ni dari fahaman sendiri.. kih3..) Memang agak mencabar sebab banyak analisis perlu dilakukan.. Memang dahsyat.. ada dua kereta yang akan dipertandingkan satu prototype satu lagi urban..
Yang kat bawah ini jenis prototype tahun lepas punya..


Canggih tak?? pernah terfikir tak macam mana diaorang buat dengan hasil tangan sendiri.. memang ada seni kan?? hehe..

Nak cerita sikit pengalaman diaorang ni..
Kalau nak tau, diaorang ni dulu mula dari bawah, kalau tahun lepas tu dari body kereta, stering, "chasis", elektronik  dan  sampailah terbentuk sebuah kereta  semua mereka buat sendiri.. Memang superbla.. haha.. kali ini diaorang da ada sponsor sikit kira banyaklah mengurangkan beban , tapi kerja tetap dari kul 9am sampailah tak tahu pukul berapa.. gaknya sampai penat sangat kot.. huhu..


HAAA... gambar di atas inilah bukti saya pergi masa shell eco marathon tahun lepas dekat Sepang.. memang superbla, semua kereta canggih2...Tapi.. xsempat nak tengok team UTM sebab lambat sampai.. sempat tengok yang akhir2 jek gara2 salah masuk pintu masuk... huhu.. 

Kumpulan mereka terdiri dari pelajar FKM dan sorang dua dari fakulti lain  , memang bagus diaorang sebab pensyarah hanya sebagai pemerhati sahaja takdala semua pensyarah nak bagi kan.... hehehe.. Idea, perancangan dan perjalanan kerja semua pelajar yang uruskan..
 walaupun sudah diberi tugas masing2 tapi mereka tetap bekerjasama untuk menyiapkan kereta ini.. (cik abang bahagian engine.. dasyat x?? tapi gambar tak sempat letak gaknya..) 

Ni kali kedua cik abang join, hehe.. satu Asia beb.. hehe.. bangga gaklah sebab UTM boleh pergi sejauh ini.. Bukan senang kot nak sampai ke tahap ini.. Sila2 lah "like" link di bawah ye..

BUKAK LINK DAN TOLONG YER VOTE UNTUK PEOPLE'S CHOICE AWARD :Racing #4 
Universiti Teknologi Malaysia


So.. sebagai bekas pelajar atau masih menuntut di UTM sila2lah vote sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada mereka yang penat lelah menyiapkan kereta kebanggaan UTM... ^___^ 


ALL THE BEST GUYS!! Semoga Berjaya ye pasukan UTM.. hehehe.. nanti bulan 7 ini kalau tak ada pape nak pergi tengok lagi, meh ramai2 kita meriahkan pertandingan ini..  @___@

Bukan nak puji fakulti lain, tapi memang betul, contohnya kalau waktu peperiksaan,  FKE semua nak bagi hint apa yang keluar, so melalui hint ni bolehlah kurangkan beban,, tapi berbeza dengan FKM, satu hint pon tiada kalau ada pon sikit je, nak tak nak kena baca satu buku kan.. huhuhu.. memang gilalah.. Walaupun peratus pelajar FKM xramai yang ijazah kelas pertama, tapi kita boleh lihat diluar sana mereka amat berbakat dan mempraktikkan ilmu yang ada.. kalau kita cam ne?? ingin lulus periksa dan dapat pointer yang tinggi sahaja ke?? huhu.. fikir2lah sendiri..

MySpace

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...