Monday, July 11, 2011

Pengurusan Kewangan...

Salam...
dek sibuk orang sedang dibuai mimpi... di sini masih memikirkan masalah yang tak selesai2..
haha..
saja nak share cara pengurusan wang yang betul..
al-maklumlah baru dapat merasa pegang duit sendiri, walaupun tak seberapa an..
huhu... tapi yang penting syukur alhamdulillah...
walaupun entry in agak panjang, tapi sangat berguna, korang cubala ye.. =)

Ha.. meh tinjau2 tips di bawah::

Pecahan pendapatan yang ideal adalah 30% untuk simpanan dan juga 70% untuk perbelanjaan. Pembahagian wang gaji ini dapat membantu kita untuk mengelakkan dari berhutang dan juga dapat memberi kesenangan di hari tua anda.

70% perbelanjaan merangkumi dua jenis perbelanjaan iaitu PERBELANJAAN TETAP (Fix Expenses) dan juga PERBELANJAAN BERUBAH-UBAH (Adjustable Expenses).

Perbelanjaan tetap ini termasuklah ansuran kereta, sewa rumah, pembayaran bil air, elektrik, brodband dan sebagainya. Manakala, perbelanjaan berubah-ubah pula merupakan perbelanjaan yang terdiri dari kegunaan harian, peribadi, hiburan, top4, minyak kereta dan sebagainya yang anda sendiri tentukan.

Bagi perbelanjaan berubah-ubah, anda boleh berjimat cermat dengan mengurangkan jumlah wang yang digunakan untuk perbelanjaan ini contohnya seperti topup telefon anda. Anda boleh kurangkan wang bagi perbelanjaan berubah-ubah ini dengan mengurangkan penggunaan topup.

Manakala, bagi 30% gaji pula digunakan untuk simpanan. Wang sebanyak 30% dari gaji anda ini hendaklah diambil atau dicabut keluar semasa awal bulan dan bukannya pada akhir bulan setelah wang anda sudah hendak habis. Anda hendaklah mendisiplinkan diri melaksanakan pembahagian gaji ini supaya anda tidak akan menyesal dihujung bulan. Nasihat saya, semasa menerima gaji anda harus keluarkan 30% terus dari akaun tersebut dan dipindahkan ke akaun lain

30% gaji ini meliputi 10% simpanan untuk kecemasan dan 20% untuk 'Rezab Gaji'. Rezab gaji adalah jumlah duit yang perlu disimpan secara tetap sebagai modal imbuhan duit anda. Anda harus ingat, wang rezab gaji ini tidak boleh disentuh langsung dan hendaklah disimpan mencapai tahap minimum 4-6 bulan jumlah gaji anda. Ini adalah sebagai backup jika tiba-tiba anda diberhentikan kerja atau kontrak kerja anda telah habis.

Wang simpanan kecemasan pula adalah sebanyak 10% dari 30% gaji anda. Wang ini hendaklah disimpan di dalam akaun yang berlainan supaya tidak digunakan untuk perbelanjaan. Wang kecemasan ini boleh digunakan untuk waktu kecemasan seperti membaiki kereta yang rosak, duit klinik gigi, duit klinik atau keadaan yang memerlukan wang segera.

Contoh dibawah:
sekiranya anda dapat gaji dalam RM2000

ha.. yang ni.. 30% = simpanan + utiliti + rezab
Tapi.. 
disebabkan kita masih ada mak ayah lagi haruslah menghulurkan sedikit betul x?
mak pernah pesan "walaupun jumlah wang yang diberi tidak seberapa, sebenarnya insyaAllah rezeki akan datang berganda banyaknya..."

Dari contoh diatas, saya yakin anda akan dapat menyesuaikan diri anda dengan pendapatan yang anda ada.

Jika anda memiliki kehendak melebihi gaji anda, anda hanya ada 2 pilihan sahaja.

1- Cari pendapatan sampingan. atau.
2- Lupakan saja kehendak anda itu.

p/s: disebabkan juga belum berkahwin dan bakal berkahwin haruslah juga menyimpan sedikit demi sedikit betul tak.. ini adalah contoh, dan pengurusan wang terletak ditangan masing-masing.. lain acuan lain caranya..
hehehe..
adioss~~~
MySpace

2 comments:

aamalinaazman said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa =)

Kaca Lensa said...

waaa.... hehe.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...