Assalamaualaikum...
errr... sebenarnya cite ni da lama,hampir sebulan berlalu, masih teringat apa yang berlaku terhadap teman seperjuangan.. yang berlaku hanya di depan mata melihat segala situasi..
ceritanya begini,
akak tu da final semester PhD, lagi sikit je nk graduate,
tapi..
Allah menguji kekuatannya...
kajian penyelidikan yang sedang dijalankannya terlalu menusuk ke sanubari dan menyebabkan neuron-neuron yang tidak aktif bertindak balas..!!!
Ya Allah sangat besar ujian yang ditempuhi beliau..
Suatu hari, beliau menjadi tak tentu arah, macam orang bukan dalam alam realiti, berada di dalam dunianya sendiri,
tidak tahu apa puncanya, beliau buang segala apa yang ada di dalam bilik, bahkan jua Laptop yang berisi "PhD" itu jua dibuangnya.. Beliau tidak ingat yang laptop itulah nyawanya untuk bergelar 'Dr'. tapi apakan daya, segalanya berlaku sekelip mata, laptopnya di bawa oleh lori sampah dan tidak tahu ke mana perginya..
masyaAllah, tak tahu nak tolong macam mana, hanya dapat memerhatikan situasi tersebut dari bilik, akhirnya beliau dibawa pulang oleh keluarganya untuk berubat..
menurut sumber, beliau sangat 'curious' dengan kajiannya...apakah kajian PhD yang sedang beliau lakukan??? benda baru apakah yang beliau cuba ciptakan???
Bahkan jua, beliau juga sangat taksub dengan novel-novel yang dibaca sehingga membawa ke alam maya..
Ya Allah, tabahkanlah hati ini, sekiranya kami yang masih belajar ini ingin mencari ilmuMU, janganlah pesongkan hati kami sehingga ke alam yang kami sendiri tidak sedar..
Semoga neuron-neuron ini, bergerak seiring, bersama dan searah, janganlah ada satu pun yang nakal-nakal ok..
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
p/s: muhasabah diri, semoga apa yang berlaku menjadi iktibar bersama, marilah kita sama-sama berdoa semoga beliau sihat semula dan teruskan ke titik-titik akhir perjuangannya.
p/s: sangat terkilan dengan laptop yang dibuang, hasil titik peluh selama beberapa tahun tu... mintak-mintaklah beliau ada buat backup data. Wallahuallam...


3 comments:
cerita benar ke ni???
Wahhhh...
ya ALLAH, udahler tengah mengkaji otak.. janganlah terpesong mana-mana..=D
a'ahla sara, berlaku depan mata ak.. huhu.. tu yg smpai sekrg xleh lupa, tau xpe, ak pon dok riso ni, otak tu dala luas nk mengkajiny.. huhu.. semoga dijauhkan..
hayoooo
betol ke ni akak kayu?
jage diri ye akak kayu
aihh isau pulak aku
pape jgn tension oke
cr kami2 disini taw :))
Post a Comment