Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih Segalanya part 3

Assalamualaikum...
ha.. harini bersamaan 16 MEI adalah HARI GURU!!
mesti dekat sekolah sedang menyambut hari guru kan??
huhu..
besarkan jasa guru ni... tak terhingga besarnya tanggungjawab mereka untuk mendidik pelajar sehingga berjaya..




disini ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan


SELAMAT HARI GURU!!


kepada cikgu, ustazah, ustaz, pensyarah (MR,MRS,DR,PM,PROF,DATO') dan segala orang yang bergelar guru..
yang disayangi Supervisor saya..


huhuhu..
terima kasih sangat-sangat, tanpa anda semua nak eja "A B C" dan "alif ba ta" pun masih tak tahu lagi..


Terima kasih, kami sebagai pelajar tidak dapat membalasnya hanya dengan hadiah semata-mata..
doa kami sentiasa mengiringi cikgu di sana nanti..
InsyaALLAH..


Guru adalah seorang pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.

 Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran :

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت

Maksudnya: “Supaya Allah  meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah ayat 11)

MySpace

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...