Thursday, November 1, 2012

2nd 3rd Step Closer...

Assalamualaikum
Tarikh: 23-8-2012

Wakil dari pihak lelaki datang bertandang ke rumah untuk menyunting bunga di taman..  Heee..
Alhamdulillah setelah beberapa perbincangan, pihak lelaki memberi sebentuk cincin tanda dan akhirnya  kedua-dua belah pihak telah sepakat memilih tarikh pertunangan kami pada 27 oktober 2012. Iaitu bersamaan dengan 11 zulhijjah.. dan juga bersempena ulang tahun kelahiran bakal tunang pada bulan hijrah..


Tarikh: 27-10-2012

Masa yang dinantikan telah tiba.  Pihak lelaki hadir pada jam 12.30pm. Hatiku sangat berdebar..
Tanggal jam 1.30pm, Dengan hati yang sangat berdebar-debar, di saat bakal ibu mertuaku menyarungkan cincin yang di saksikan oleh berpuluh-puluh sedara mara pihak lelaki. Hati berasa sayu dan tak tahu nak kata apa... (errr.. nasib baik tak nangis.. :P)

Dan dengan lafaz bismillah saya telah selamat menjadi tunangan orang secara rasmi..
dengan hantaran 9 berbalas 7.

Hadiah pertunangan dari...  Errr...  Mr. Tunang..  (:p)
1. 2 ring of love
2. 1 smartphone

Syukur, segalanya berjalan lancar.  Terima kasih kepada mak abah,  adikku,  kakak iparku kerana Masak sendiri sampai 3 pg, (bangun2 mata lebam..)  gubah hantaran sendiri (tapiii.. nasib baik hantaran da siap seminggu sebelum tu... wink2..) .. semuanya dilakukan sendiri..


Okeh misi seterusnya: 

1. Menghabiskan pengajian DR-to-be dengan jayanya... (InsyaAllah..)
 2. Menghadiri kursus kahwin..
 3. Membeli rumah idaman.. 
 4. Topup menjadi isteri solehah.. ^_____^


1 comment:

Cik Sara said...

wahhhh.. terbaiklah... ^^, akak kayuuuuu!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...