Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Seoul, antara tempat yang kami sempat lawati:
1. Rumah Biru (Blue House)
Rumah ini perdana menteri dia yang diami, banyak juga pengawal keselamatan jaga, pelawat tak boleh masuk boleh tengok dari luar je, disebabkan itu kami ambil gambar luar jela, berdekatan dengannya.. huhu
2. National Folk Museum
Muzium ini menempatkan monumen monumen lama dan juga barang-barang lama orang-orang korea. Selain itu ia memaparkan struktur rumah lama pada zaman dahulu lagi, macam mana terbentuknya korea utara dan korea selatan.. kalau nak tahu sejarah korea, jangan lupa datang sini ye.. huhuhu, (saya tak minat sangat sejarah ini).. wink3..
3. Korean Traditional House
Tempat ini banyak bangunan yang dibina semula seperti zaman nenek moyang orang korea,sangat cantik dan tersergam indah bangunannya.. ada yang tak pakai paku pun rumah rumah lama ini..
4. War Museum
Muzium ini banyak menempatkan monumen atau senjata yang digunakan semasa peperangan korea selatan dan utara.. errkkk.. dan ada juga replika muka muka yang telah mati semasa peperangan yang diabadikan dalam bentuk 'globe'.. awesommmeee... haaa. mereka pun ada tugu negara macam kita.. ^___^
5. Kimchi Factory and Hanbook
Kilang ini menyediakan tempat untuk pelawat (foreigner) seperti kami untuk mencuba macam mana nak buat kimchi.. Kilang dia sangat besar, bertimbun timbun kobes dekat dalam kilang tu.. Setelah diberi penerangan mengenai asal usul kimchi ini, kami berpeluang membuatnya!!!
antara bahan yang digunakan (ingat-ingat lupa nih): Chili paste, garlic, salt yang banyak!!, daun bawang etc..
pengalaman membuatnya sangat best!!
haaa, lepas penat-penat menyalut kobis tuh, kami diberi makan kimchi pancake,rice cake, kimchi + susu ginseng.. sangat sedap kimchi ini makan fresh2 wooo.. tak sama macam makan dekat Seoul GArden.. hahaha
lepas tu, kami cuba pakai hanbook yang bersebelahan kilang ini, opps!! gambar xda.. haha..
p/s: ok, setakat ini dulu.. credit kepada kawan-kawan yang ambil gambar.. huhu.. waktu ini kamera xda lagii










No comments:
Post a Comment