Salam Jumaat..
errr...
sebelum menyambung pengembaraan di bumi Beijing..
meh nak share sikit aplikasi yang sangat sangat sangat sangat berguna masa anda di luar negara.. memang saya dah guna aplikasi nih sejak masa di Bandung lagi..
InsyaAllah kalau saya boleh guna, apatah lagi anda kan.. Tanpa travel guide pun anda boleh survive tau..
yang penting
yang penting
yang penting??
Kena ada internetlah ye.. heehehe.. disamping itu jangan lupa berdoa semoga perjalanan kita dipermudahkan..
1. Google Map
google map nih, anda search je nak pergi mana, then disebabkan kita tak naik kereta tekan keretapi (subway) @ bas, nanti dia akan bagi nombor lane subway,nak keluar dekat East ke, West ke, North ke or South ke @ no.bus yang perlu dinaiki..InsyaAllah, anda tak sesat..
Kalau dekat negara China ni, baik naik subway, sebab kalau naik bas, sepatah ayat pon tak faham!! hahaha
Dinasihatkan juga anda tengok betul betul kena keluar arah mana, sebab kalau salah keluar jawabnya jauhla nak jalan..
![]() |
| gambar bawah kiri itu basikal yang disewa untuk orang ramai, tak payah pulangkan ke tempat asal sini, kalau destinasi anda itu ada port macam ni,tinggal je dekat situ.. |
![]() |
| Ponin2, nak pergi mana yeeee |
![]() |
| mesin tiket subway kalau tiada kad TnG |
![]() |
| Depan |
Kad ni boleh beli dekat pusat bandar atau dekat kaunter subway ye.. Kad berharga RMB20 termasuk RMB10 isian, kalau taknak simpan kad ini sebagai kenangan boleh refund balik.. hehehe
![]() |
| Belakang |
Naik bas semurah RMB1.00 = 50sen kita je.. murah tak?? ada tu pernah naik 20sen je tau..
![]() |
| Sila tunggu di kotak no.bas yang disediakan yeee.. |
2. Waze
err, aplikasi ni juga sama fungsinya macam Google Map, yang bestnya kita tak payah nak install map negara tersebut macam Papago, peta tempat kita berada akan update secara automatik..
3. Foursquare
aplikasi ni pula, kalau anda rasa nak tinggalkan jejak dekat negara mereka, bolehlah pakai ni, disamping tu kalau tak tahu nak pergi mana, ia akan tunjuk tempat paling ramai dikunjungi..
4. Peta, Kompas, Jadual bas dan Subway
Kalau tiada internet masa itu, dua benda nilah paling penting..!! Manual je.. huhuhu.. Peta dan jadual boleh didapati sebaik sahaja anda jejak kaki dekat lapangan terbang Peiking..
P/s: kalau tanya orang awam confirm sepatah pun mereka tak faham.. hahaha..
Bersambung lagi....













No comments:
Post a Comment