Alhamdulillah diberi peluang untuk menjejak kaki ke Singapura sekali lagi..
Kali ini pergi sendiri tanpa tourist guide dan tanpa menaiki bas pelancong.. tapi passport kena ada ye..
semuanya sendiri..
Cara-cara nak pergi sendiri masuk ke singapura dari JB Sentral..
1. Kalau anda menaiki kereta dan mahu parking disana, disarankan letak parking ditempat yang disediakan, jangan parking dekat tepi-tepi jalan ye.. tak pasal-pasal kena saman..
Tempat yang disarankan adalah :
a. Parking lot JB sentral- RM12 sehari
b. Parking lot luar berhadapan JB Sentral- RM9 sehari
Kami parking dekat luar je sebab dekat tempat berbumbung semua penuh.. hehe..
2. Setelah parking, lalu laluan ke Imigresen Malaysia, cek passport anda ye..
3. Turun tingkat bawah dan naiki bas untuk ke Kranji atau Woodlands.
Kranji - Bas no CW1 (bas smile warna kuning)
Woodlands- Bas no 950
Tips: kalau nak cepat ke destinasi disarankan naik bas ke kranji, sebab setiap 10 minit ada woo.. harga tiket bas dalam rm1.30 ye.. duit malaysia lagi.. huhu.. kalau nak balik dari Kranji = 1.30SGD ye..
Tips: JANGAN BUANG TIKET BAS! keranaa... anda akan turun sekejap dekat Imigresen Singapore, setelah itu naik bas yang sama tadi ye.. sambil tunjuk tiket yang dibeli.. kalau tiket hilang sila beli lain ye..
Di IMIGRESEN SiNgaPUra jangan lupa isi borang warna putih, masuk2 pintu imigresen belah kanan ada meja menulis, dekat situ boleh ambil kertas putih tu..
4. Setelah sampai di destinasi samaada Woodlands atau Kranji..
DI Woodlands anda ada 2 pilihan samaada nak naik bas berhenti2 ataupun SMRT
Di Kranji = SMRT
Dan kalau anda banyak nak pergi tempat perlancongan.. disarankan naik SMRT senang sebab dia akan sampai terus dekat tempat yang dituju..
Tips: kalau anda nak pergi banyak tempat dengan menggunakan SMRT atau bas disana, disarankan beli tiket "Tourist pass Singapore" for 1 @ 2 @ 3 days.. boleh rujuk link di bawah
bayaran yang dikenakan 20SGD per pass.. disebabkan kami pergi 1 hari je.. so 1 pass 20SGD..
TIPS lagi: Sila simpan ROUTE MAP SMRT dalam phone ye.. Boleh download dekat link di bawah

5. kalau nak beli tourist pass, naik SMRT dan turun di ANG MO KIO stesen.. Bayaran tiket dari Kranji----ANG MO KIO sebanyak 2.10SGD. ataupun boleh dibeli di stesen-stesen terpilih.. buka laman web ini
setelah sampai ke sana pergi Ticket Office tu ye... kalau tak nak buat kenangan kad tu dan rasa lambat lagi nak pergi Singapore, boleh refund di mana-mana stesen dan dapat balik 10SGD!!!
Tips: Kalau tak sempat nak pulang, selepas 5 hari kad tu secara automatik jadi macam touch n go..
![]() |
| Tourist Pass |
![]() |
| Standard Ticket |
kalau tak nak beli pon xpe, boleh beli tiket macam biasa, jangan buang tiket standard tu, tiket tu boleh ulang topup untuk 6 destinasi..
Contoh: dari Kranji--china town.. lepas tu nak pergi Little India pula, just topup tiket yang beli dekat kranji tu ye..
ok..
salam jumaat..
jumaat terakhir untuk tahun ini..
Alhamdulillah..



No comments:
Post a Comment