Monday, January 6, 2014

Jurnal 1.3

Assalamualaikum..

Rehat dulu rehatkan otak yang berserabut ni, jom sambung cerita..



Jika anda pergi ke Singapura, hakikatnya sangat sukar untuk mencari tempat untuk solat..

Contohnya, di shopping mall tiada disediakan surau..

Di SMRT juga tiada.. kalau anda mahu menunaikan solat, kena cari masjid yang berdekatan..

Majoriti warga singapura adalah cina, jadinya minoriti di pelopori oleh bangsa melayu..

Di sini saya sertakan di mana anda boleh menunaikan solat..

1. Naik SMRT ke China Town, Keluar Exit yang menghala Chinatown, kemudian jalan terus je sampai anda jumpa kuil sebelah kanan, terus lagi sampai simpang jalan, dan belok ke kiri..  2 atau 3 kedai dari situ, ada sebuah masjid..

Maaf tak ingat nama masjid..

jalan nak menghala pulang dari masjid ke china town (sebelah kanan)
Pintu masuk Masjid,, berdepan dengannya kedai makan

2. Sekiranya anda pergi ke Pulau Sentosa, ada satu surau yang terletak di tempat parking bawah tanah.

3. Masjid SULTAN..  Kalau anda berjalan di ARAB STREET dan Bugis Street, bolehlah pergi masjid disitu..

Keluar Exit B, lepas itu belok ke kanan, terus anda akan nampak bangunan hospital.. dekat trafik light, belok kanan, terus lagi akan jumpa trafik light kedua, selepas itu belok kiri..  terus sahaja sampai anda jumpa pintu masuk masjid.

Sumber Google..
Maaf tak dapat tangkap gambar.. sebab sampai waktu Maghrib


4. Masjid WAK TANJUNG bersebelahan stesen SMRT PAYA LEBAR (Circle Line) anda keluar je terus jumpa masjid tersebut..

Ruang solat lelaki

Sila letak kasut ditempatnya ye.. ^___^

 Setakat ini, hanya itu sahaja yang sempat pergi, InsyaALLAH.. Masjid itu ada di mana-mana..


InsyaAllah anda tidak ada masalah untuk menunaikan solat di sana..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...