Friday, June 27, 2014

Walimah----Part 1: Aku terima nikah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Sudah hampir sebulan kami bernikah (30 Mei 2014--- 1 Syaaban 1435H).

Syukur ke hadrat Ilahi.. Kami telah sah menjadi suami isteri..

Terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kami..

Alhamdulillah... Walaupun tak semeriah mana, segala syariat dan adat--adat perkahwinan semasa majlis berlangsung kami cuba sedaya elakkan.. walaupun ada 1 yang kami terlepas pandang dan bukan di bawah kawalan kami..

Kami juga ingin memohon maaf kepada mak, abah, dan keluarga mertua kerana boleh merealisasikan impian perkahwinan yang kami inginkan..

Alhamdulillah... Sunnah didahulukan.. Adat dijauhkan..

Sentiasa ingat pesan ahli-ahli ulama'..

Biarlah orang mengata, mulut orang kita tak dapat nak tutup.. Tapi kita tahu apa yang kita buat.. Dan kita sentiasa berdoa supaya generasi akan datang dapat menjadikan contoh untuk perkahwinan mereka nanti.. InsyaAllah...

"Perkahwinan yang diberkati adalah yang mematuhi suruhan Allah s.w.t dan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w"

Bak kata UAI;

"Belajar sampai PhD, kalau tak tahu sunnah dan hukum agama baik jangan sambung belajar.."

Perkara sunat selepas akad nikah dan takliq:

1. Solat sunat 2 rakaat
2. Sujud Syukur
3. Suami memegang ubun2 isteri dan berdoa
4. Isteri menyalami suami dan mengucapkan 2 kalimah syahadah.


ehsan prof.google



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...