10 MEI
Jadikan iktibar yang semalam, amek yang jernih buang yang keruh.. huhuhu…
Hari ini sesi mencari rumah sewa @ apartment murah untuk disewa… rupanya sangat susah nak berunding dengan orang.. macam2 kerenah.. sakit kepala… cari ni sebab sebelum ini ada pergi pejabat kolej tanya boleh tak sewa bilik...
Me: Kak, ada tak sewa bilik untuk yang jadi RA @ ARO?
Kolej: Xda, sebab awak bekerja dan dapat duit bulan2..
Ok.. memhami situasi terus pergi... petang itu gak pergi HEP kot2 ada rezeki dan HEP bley tolong...
Me: Puan, kalau saya nak duduk dalam ada kekosongan x? contohya macam RA @ ARO?
HEP: Xdala dik, tapi adik boleh tanya Pejabat Harta Bina mengenai Kuaters UTM untuk pekerja UTM..
Malas nak tanya panjang, terus berjalan ke Harta Bina, jauh kot, dengan panas yang terik dengan harapan semoga sampai sana dipermudahkan urusan...
Sampai je dekat penyambut tetamu...
Me: Puan, ada peruntukan kuarters UTM x untuk RA @ RO
Harta Bina: xda
……………………………………………………………….terdiam seketika……………..
Me: tapi HEP kata ada, diaorang yang suruh pergi sini
Harta Bina: emmm… pergi keluar pintu itu belok kiri naik tangga pergi ke Unit Perkhidmatan”
(sampai2 dekat unit itu…)
Me: puan, ada sewa kuarters dekat student RA x??
Harta bina: mintak maaflah, tahun ini sudah ditamatkan peruntukan untuk student master and phd and RO...
Me: kenapa ye?
Harta Bina: sebab ramai yang tak bayar, kalau u staff, duit rumah itu boleh tolak siap2 dari gaji, tapi ini ada kes yang tak bayar langsung…
Me: oh…. Terima kasih..
(dalam hati, Ya ALLAH… apa ini… HEP kata lain, Harta Bina kata lain.. maklumat tak sampai ke dekat HEP…. Ada konflik ke???)
Lagi serabut kepala, perkara yang patut jangka boleh settle sehari dua, jadi lama macam ni… Burn 1 hari uruskan pasal ini je.. sangat penat bila turun naik tapi tanpa hasil… sangat kecewa dan sedih… call abah, abah kata cuba cari rumah sewa ke, kalau abah boleh tolong abah tolong… lemah longlai badan melangkah balik… aihhhh… sampaikan thesis lupa nak amik ... bergegas jalan menuju bilik dengan harapan yang kosong... hermm….
11 MEI
Pagi itu amik tesis dengan dia orang sebab da alang2 sangat..balik bilik… burn cd….. pergi jumpa DR…….. Dr cek…. Ok, bagus boleh letak dekat rak saya tu…
YES2!!! Alhamdulillah….
Lepas itu, buat kerja sikit dengan DR.. tak sedar jam dekat pukul 5..
Dr: kita sambung nantilah baik kamu hantar tesis ke library dekat library FKE...
berjalan ke Library dekat P06 IVAT… staff dekat situ cek2 tesis.. ok… cek2 cd…………
Staff: eh?? Ni salah ni?? (dalam hati apa pula yang salah ini….) dik.. awak salah format penulisan file, sila betulkan k..
dan2 dekat situ gak betulkan.. Finally.. ACCEPTED!!!! Haaa.. lega sangat2.. satu kerja settle….
12 MEI
Pagi ini agen rumah telefon, kalau bersetuju bayar deposit 2 Bulan, Bil air dan Api.. TOTAL?? Peh.. mampu lak nak bayarkan… memag taklah…. Duit pun xda… Lepas itu, call abah…
Me: abah, macam mane ni?? Sewa mahal sangat..
Abah: memang macam tu lah dealnya kalau orang sewa, abah pun buat macam itu ada hitam putih dan mintak deposit..
............... diam sejenak…
Me: abah, doakan orang eh boleh dapat duduk dekat kolej…
Abah: ye… abah dan mak sentiasa doakan… segala kesusahan itu ada penyelesaiannya, banyak2lah berdoa..
........sedih..,,, sudah nak mengalir air mata bila mengenangkan semuanya, tapi menahan diri supaya tak menyusahkan abah lagi….sangat2 sedih bila mengenang nasib diri… sangat2.. nak cerita dekat kawan2 macam bebankan… mungkin inilah dugaan yang ALLAH bagi untuk hambanya.. mungkin ini saatnya menguji ketabahan diri ini.. ye.. setiap apa yang berlaku itu sebab kita mampu menanganinya…
Petang itu, cepat2 buat surat sebagai saksi untuk sewa bilik dekat dalam.. banyak kali fikir nak bagi alasan apa supaya dapat duduk dalam.. akhirnya surat sudah buat, pergi jumpa DR.. Orait done….. lepas itu, ajak ersha teman pergi RMC hantar surat RA, peh.. kena reject beb sebab xckup dokumen.. pergi dengan hampa lagi… tangguh lagi esok…
Petang sikit…. Ada kawan call… nak tumpang duduk sebilik… peh… xtau nak kata apa.. alasannya sebab duit yang aku dapat lagi banyak dari dia… peh… senangnya… aku berulang kali ke hulu hilir, jalan kaki semua, senang2 jew.... bila tanya kawan lain, dia kata dia tu memang macam itu, tah bila nak berubah.. kalaulah dia itu terbaca, minta maaf banyak2, saya da biasa bilik sorang, kalau nak duduk sama boleh, tapi sama blok BUT different room.. kita sama2 bayar dan sama2 menikmati keselesaannya…
13 MEI
Pagi tadi jumpa Dekan RA, alamak, tak dala pula, tinggalkan surat dekat situ, S/U dia kata amek petang.. nak xnak kena redha… lepas itu, melangkah ke HEP lagi buat kali ke-3 setelah bermain pingpong di antara kolej dan HEP.. beberapa hari yang lalu…
Me: kak, boleh sewa bilik untuk 3 bulan x??
(terpaksa bagi alasan lain.. huhuhu…)
Kolej: adik kena pergi HEP kalau ada kekosongan bilik baru boleh bagi… sebab ramai student kolej ini nak sewa”.
(dalam hati, ramai sangat ke? Besa kot kolej itu…)
Hari itu gak melangkah pergi HEP tanya…
Me: puan, saya nak sewa bilik untuk 3 bulan boleh?
HEP: sila bagi surat sokongan…
Lepas bagi dan dibaca dengan teliti…
HEP: dulu duduk kolej mana??
Me: kolej tut3…..
HEP: haaih… patutnya kalau sudah duduk kolej itu kenapa tak mintak direct je? Tak payah susah pergi sini..
………………………tergamamseketika…………
no idea………………..
buntu…………..
konfius……………………..
Me: tapi puan saya sudah pergi kolej, pihak kolej kata pergi HEP macam mana ni?? Penat puan saya ulang alik ni…
HEP: kejap, saya call kolej itu
Setelah berbincang lama dalam telefon, HEP bagi keputusan dengan menulis sesuatu dekat atas surat itu…
HEP: haih.. xpaham lagi gaknya semua kolej ini, da ada hitam putih da kalau student nak sewa terus direct ke pejabat kolej, ni nak juga suruh HEP settle, da banyak surat saya dapat hari ini berkenaan perkara yang sama.. nah.. awak bagi ini dekat pejabat ok…
Me: terima kasih, mintak maaflah puan menyusahkan..
Emmmm…. Turun balik bilik… jam dekat pukul 1pm kompem pejabat tutup…\
..........balik rehat jap…
3pm, hari mendung…………. Pertengahan jalan………….. HUJAN!!!!!!!.... oh NO…….
Nasib bawa payung,……… sampai kolej da basah sikit,Alhamdulillah settle…………….. call abah....
Abah: abah sudah dapat bilik terima kasih sebab doakan orang….
Borak punya borak, abah cakap pasal kereta....
Abah: kereta masih xkompem lagi, ada rezeki adala..
Me: emm.. xpelah abah, orang xkisah sebab da dapat kolej dekat dengan fakulti, nanti kalau ada kursus ke apa orang carik cara lain..
.......emm.. senyap………………
abah: bila nak balik??
..................……………
Me: xsempat balik lah abah hari isnin nak mula dah kerja tapi ada yang xsettle lagi…
abah: ………. oh… xpelah macam itu, nanti ada masa balikla…
……….nak nangis…. Serius nak nangis…… (mak abah minta maaf sangat2…. Minta maaf…. Bukan sengaja tapi kalau bukan sebab kontrak dan masalah macam ini, sekarang ini da ada dekat rumah da… sedih tersangat2….……..)
rancanganny nak gerak pergi RMC lagi….. hujan sangat2 lebat mencurah bumi…….. xkan nak redah kot.. dala sangat takut dengan petir……. Duduk menunggu hujan reda,
20min………… 40min…1 jam… jam sudah pukul 4.10pm….
hujan masih lebat… buat keputusan balik bilik… habis lencun baju, tersangat2 lencun walaupun pakai payung….. sampai bilik………. 15min kemudian………… tiba2 hujan reda……… Tak hujan walau rintik2…. Apakah?? Xkan nak pergi gak sebab jam da pukul 4.35pm… tak sempat nak jalan ke sana, last2 masak nugget dan makan ayam… STRESSSSSSSS!!!!!
p/s: aku ni jenis tak kisah kalau usaha cari sama2… selagi boleh bergerak dengan tangan kaki sendiri, selagi belum cacat sana sini, aku akan uruskan sendiri… seboleh-bolehnya jangan susahkan orang lain.. aku boleh pergi ke sana sini dengan jalan kaki je, kalau tak larat sangat naik bas pergi balik… kalau difikir-fikir, kalau bukan semangat nak sambung belajar aku tak buat semua ni.. kalau ikut hati nak je balik rumah tolong mak niaga sebab mak dah offer dah awal2… kadang2 kalau betul2 terdesak baru ajak akmal atau ersha.. serba salah ajak sebab ini semua urusan sendiri masa depan sendiri… Hanya ALLAH mampu balas jasa baik diaorang… terima kasih sangat2…..





No comments:
Post a Comment