Yea.. da boleh update... cerita dibawah cuma nak berkongsi pengalaman mengenai apa yang kita nak itu bukan mudah dan senang macam petik jari.. tapi banyak betul liku2nya.. ini semua adalah cerita sebenar... huhuhuhu...
5 MEI
Paper akhir…. Exam penutup dan hari terakhir di UTM.. Dengan niat nak balik lepas farewell 4SEP hari isnin tu.. Tapi… banyak betul dugaan yang datang.. siap da bagi tahu mak nak balik rumah dalam 2 3 hari lagi….
6 MEI
Siapkan 3rd draft julung kalinya.. masa 1st draft DR. cek grammar dan spelling.. 2nd draft cek format.. lepas tu adalah format terlebih 0.5cm, kena reject.. sedihnya.. 3rd draft…. Alhamdulillah DR accepted dan boleh hardbound.. disebabkan hari sudah petang dan borak2 dengan DR mengenai RA terus terbantut niat nak pergi print sebab ada kena edit2 lagi supaya bila print xlari…
solutionnya::: convert file to .pdf..
7 MEI
Mak telefon lagi tanya “bila nak balik ni…banyak urusan nak dibincangakan…”
……….. tiada jawapan................
senyap seribu bahasa.. lepas tu baru buka mulut cerita semua masalah dekat mak.. sedih.. mampu tahan air mata je.. mak kata “xpelah, nak buat macam mana, mak doakan semoga semuanya berjalan lancar dan solat hajatlah supaya dipermudahkan jalanNYA”….
Lega hati bila mak bagi sokongan… Terima Kasih mak… sebab tak tahu nak luah kt siapa lagi.
8 MEI
Hari ini abang xda, ada PERAP ala2 majlis perpisahan lak gamaknya, dengan budak kelas dekat Pantai Lanun Mersing,, keseorangan sebab hp xberbunyik langsung.....Bosan.. call abah… abah cakap pasal kereta.. abah kata “sekarang ni 50-50, sebab ada masalah…” bila abah cerita apa masalahnya baru faham.. yela, keluarga bukan kaya mana, abah mak berniaga air je untuk menampung 6 orang anaknya, dulu abah pesara tentera, lepas tu berniaga persendirian.. Jual air setiap hari dekat Taman Nirwana Ampang, kalau balik cuti semester nak cari duit lebih ada gak tolong mak dekat kedai.. huhuhu.. kalau puasa hingga raya mak jual kuih raya dan kerepek depan rumah.. semuanya HOMEMADE STYLE.. semua mak yang buat kita orang adik beradik tolong2 yang mana patut.. Tapi mak buat kerepek dan kuih memang SUPERB la.. xda sapa boleh tanding… org bagi tahu abah.. bahasakan diri 'orang'
“ tak pelah abah, nant orang usahakan duduk dekat dalam UTM, abh doakanlah semoga dapat k..” emmm... mak abah sentiasa faham akan anak2nya.. sangat bersabar melayan semua kerenah… adakah kita nanti mampu membalas jasa mereka akhir hayat kelak??
Hanya ALLAH dapat membalas semuanya.. kalau ikut awalnya, memang tak terniat di hati mintak abah bukan2.. tak pernah terlintas langsung!! Cuma ada meminta hasrat untuk pinjam kereta abah bawa ke sini, tak kisahlah buruk mana pun orang nak cakap, tapi sangat bersyukur ada kenderaan untuk bergerak.. yela, selama ni tumpang akmal dan ersha je.. memang tak terbalas jasa dia orang… terima kasih korang berdua… huhuhu…
...............bersambung..............



No comments:
Post a Comment