Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan..

InsyaALLAh pada 16 jun 2011 akan berlakunya gerhana bulan penuh yang kali terakhirnya 16 julai 2000. menurut beliau pada tahun ini akan berlakunya dua kali gerhana bulan penuh iaitu pada december nant..
(sumber: Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali)

Di Malaysia, kita akan dapat menyaksikan fenomena yang menarik ini seawal jam 1:24 pagi hingga 7:00 pagi.
Time of Lunar Eclipse over Malaysia:

16 June 2011
P1 : 01:24:37 AM
U1 : 02:22:57 AM
U2 : 03:22:29 AM
Max : 04:12:36 AM
U3 : 05:02:14 AM
U4 : 06:02.14 AM
P4 : 07:00:41 AM

kalau kita tak dapat melihat dengan jelas bolehlah melihat secara live di ruangan ini..

dengan itu jangan melepaskan peluang ini dan molek sangatlah kita menunaikan solat sunat gerhana kerana bukan selalu fenomena ini berlaku, dan waktu yang paling afdal ialah ketika berlakunya gerhana hinggalah sehinggalah selesai.. 

solat sunat gerhana boleh dilakukan dalam beberapa cara, boleh bkak link di bawah untuk panduan dan penerangan lebih lanjut lagi.. 

MySpace

Friday, June 10, 2011

Shell Eco Marathon team UTM..

 nak share sikit mengenai pertandingan ni.. Shell Eco marathon ini diadakan untuk melihat bakat terpendam pelajar universiti di asia ini untuk mereka sebuah kenderaan yang boleh menjimatkan minyak dengan hanya 1 liter petrol sahaja.. Dan dengan 1 liter ini berapa kilometer kenderaan mereka boleh pergi, yang paling jauh itulah pemenangnya.. (err.. betul ke? ni dari fahaman sendiri.. kih3..) Memang agak mencabar sebab banyak analisis perlu dilakukan.. Memang dahsyat.. ada dua kereta yang akan dipertandingkan satu prototype satu lagi urban..
Yang kat bawah ini jenis prototype tahun lepas punya..


Canggih tak?? pernah terfikir tak macam mana diaorang buat dengan hasil tangan sendiri.. memang ada seni kan?? hehe..

Nak cerita sikit pengalaman diaorang ni..
Kalau nak tau, diaorang ni dulu mula dari bawah, kalau tahun lepas tu dari body kereta, stering, "chasis", elektronik  dan  sampailah terbentuk sebuah kereta  semua mereka buat sendiri.. Memang superbla.. haha.. kali ini diaorang da ada sponsor sikit kira banyaklah mengurangkan beban , tapi kerja tetap dari kul 9am sampailah tak tahu pukul berapa.. gaknya sampai penat sangat kot.. huhu..


HAAA... gambar di atas inilah bukti saya pergi masa shell eco marathon tahun lepas dekat Sepang.. memang superbla, semua kereta canggih2...Tapi.. xsempat nak tengok team UTM sebab lambat sampai.. sempat tengok yang akhir2 jek gara2 salah masuk pintu masuk... huhu.. 

Kumpulan mereka terdiri dari pelajar FKM dan sorang dua dari fakulti lain  , memang bagus diaorang sebab pensyarah hanya sebagai pemerhati sahaja takdala semua pensyarah nak bagi kan.... hehehe.. Idea, perancangan dan perjalanan kerja semua pelajar yang uruskan..
 walaupun sudah diberi tugas masing2 tapi mereka tetap bekerjasama untuk menyiapkan kereta ini.. (cik abang bahagian engine.. dasyat x?? tapi gambar tak sempat letak gaknya..) 

Ni kali kedua cik abang join, hehe.. satu Asia beb.. hehe.. bangga gaklah sebab UTM boleh pergi sejauh ini.. Bukan senang kot nak sampai ke tahap ini.. Sila2 lah "like" link di bawah ye..

BUKAK LINK DAN TOLONG YER VOTE UNTUK PEOPLE'S CHOICE AWARD :Racing #4 
Universiti Teknologi Malaysia


So.. sebagai bekas pelajar atau masih menuntut di UTM sila2lah vote sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada mereka yang penat lelah menyiapkan kereta kebanggaan UTM... ^___^ 


ALL THE BEST GUYS!! Semoga Berjaya ye pasukan UTM.. hehehe.. nanti bulan 7 ini kalau tak ada pape nak pergi tengok lagi, meh ramai2 kita meriahkan pertandingan ini..  @___@

Bukan nak puji fakulti lain, tapi memang betul, contohnya kalau waktu peperiksaan,  FKE semua nak bagi hint apa yang keluar, so melalui hint ni bolehlah kurangkan beban,, tapi berbeza dengan FKM, satu hint pon tiada kalau ada pon sikit je, nak tak nak kena baca satu buku kan.. huhuhu.. memang gilalah.. Walaupun peratus pelajar FKM xramai yang ijazah kelas pertama, tapi kita boleh lihat diluar sana mereka amat berbakat dan mempraktikkan ilmu yang ada.. kalau kita cam ne?? ingin lulus periksa dan dapat pointer yang tinggi sahaja ke?? huhu.. fikir2lah sendiri..

MySpace

Monday, June 6, 2011

Selamat Pengantin Baru..

Cuti sekolah memang xsah xda majlis kenduri an.. huhu..

::selamat pengantin baru kepada::

1. Coursemate di UTM. beliau orang kedua dalam kelas kami yang berkahwin.. 
 "Eqyn dan pasangan.."


2. Kawan sekolah menengah dari Form 1- 3.. huhu,, memang xsangke da kahwin.. beliau memang budak pandai dekat sekolah, sentiap masa hadap buku dan pemalu.. tup2 dah kahwin.. 
"Murni jamaluddin dan pasangannya"


3. Kawan sekolah teknik dulu, walaupun tak rapat tapi kenal gakla.. ha.. yang ni majlis kenduri, sebab sudah nikah akhir tahun lepas.. gaknya sudah bunting pelamin kot.. hik3..
"Hasmah dan pasangannya.."


4. Pensyarah UTm yang pernah mengajar kami dulu..
 "En. Lokman dan pasangan.."





semoga berkekalan hingga akhir hayat.. waa.. sudah jadi isteri orang.. ermmm.... giliran sendiri bila lagi?? huhuhu... InsyaALLAH.. doakan yee... ^____^

MySpace

Wednesday, June 1, 2011

Majlis Perkahwinan

Kembali ke Skudai.. melaksanakan tugas yang tergendala..
huhuhu.. 29 mei menghadiri dan memeriahkan majlis akak akmal... salah seorang rakan yang rapat semasa undergrade dulu..

 3 dan 4 june ada lagi jemputan kahwin dari kawan lama yang telah jemput untuk menghadirinya.. aiihh... buntu. nak g ke x.. seorang dekat utara seorang lagi dekat selatan.. jalan yang sangat bertentangan untuk pergi dua2... =((

WAJIB HADIR MAJLIS KENDURI KAHWIN

SOALAN: Dalam kehidupan bermasyarakat, kita selalu mendapat jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari, dua atau tiga jemputan diterima terutama pada musim cuti sekolah. Apakah hukum menghadiri kenduri kahwin?

JAWAPAN: Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.

Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib. Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.

crd to:: bicara Qalbi , hukum menghadiri majlis

confius.. nk g ke x.. . ayoo..   @_@  
no money no talk???
..............................................
MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...