Friday, April 13, 2012

Sara Hidup

Assalamualaikum..
Salam jumaat...


berita terkini!!
haha, terkinila Sangat..!!


ok, beberapa minggu lepas dapat surat pekeliling yang yuran akan naik bermula sesi 2012/2013!!!
peh, naik beb...!!
scholar naik x???


emm.. sara hidup makin meningkat.. 
emmm...kena cari kerja lagi ni..


huhu..
anyone??
ehsan: google


p/s: alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya semasa di sekolah, thanks kepada adik-adik yang sudi jadi 'assistant'.. huhu.. 


MySpace

Tuesday, April 10, 2012

Sambung belajar ke...?

Assalamualaikum...
bila jumpa kawan-kawan lama 2 je soalan akan muncul,

dah kerja ke? kerja katne?

atau..

sambung belajar ke? Master?
ehsan:goole

hahah.. soalan pertama bolehlah jawab dengan senang hati..
err.. soalan kedua, bila orang yang bertanya tapi sudah menjawab sendiri Master???? errr... layankan je lah..
dalam kepala, patut ke mengaku yang kita ni sambung PhD, kalau korang dengar macam berlagak x?
contohny macam ni..
'takla, aku sambung PhD'..
patut ke???

kadang-kadang ada je orang boleh menerima kita kata begitu, tapi ada gakkan akan kata,

'eeee, berlagakny dia ni, btol x??' 


haha..
tahla, setakat ni, kalau orang yang bertanya xcakap perkataan 'Master', akan berterus teranglah, kalau tak, layankan jela...
huhu.. lawak2...
bukan xnak bagitahu perkara sebenar, tapi bila meluahkan itu, sangat berat beban yang dipikul..
insyaAllah,semoga dipermudahkan segala jalan untuk menuju kejayaan...
Aminnn...

err.. share gambar yang dapat medal and DR.. nak crk yg national xjumpe lak..
  (me.. Dr-to-be..) Insyaallah...

http://www.news.utm.my/2011/09/47th-convocation-utm-environment-conducive-to-success-among-international-students/

MySpace

Curious...

Assalamaualaikum...
errr... sebenarnya cite ni da lama,hampir sebulan berlalu, masih teringat apa yang berlaku terhadap teman seperjuangan.. yang berlaku hanya di depan mata melihat segala situasi..
ceritanya begini,

akak tu da final semester PhD, lagi sikit je nk graduate,
tapi..
Allah menguji kekuatannya...

kajian penyelidikan yang sedang dijalankannya terlalu menusuk ke sanubari dan menyebabkan neuron-neuron yang tidak aktif bertindak balas..!!!

Ya Allah sangat besar ujian yang ditempuhi beliau..


Suatu hari, beliau menjadi tak tentu arah, macam orang bukan dalam alam realiti, berada di dalam dunianya sendiri,
tidak tahu apa puncanya, beliau buang segala apa yang ada di dalam bilik, bahkan jua Laptop yang berisi "PhD" itu jua dibuangnya.. Beliau tidak ingat yang laptop itulah nyawanya untuk bergelar 'Dr'. tapi apakan daya, segalanya berlaku sekelip mata, laptopnya di bawa oleh lori sampah dan tidak tahu ke mana perginya..


masyaAllah, tak tahu nak tolong macam mana, hanya dapat memerhatikan situasi tersebut dari bilik, akhirnya beliau dibawa pulang oleh keluarganya untuk berubat..


menurut sumber, beliau sangat 'curious' dengan kajiannya...apakah kajian PhD yang sedang beliau lakukan??? benda baru apakah yang beliau cuba ciptakan???
Bahkan jua, beliau juga sangat taksub dengan novel-novel yang dibaca sehingga membawa ke alam maya..


Ya Allah, tabahkanlah hati ini, sekiranya kami yang masih belajar ini ingin mencari ilmuMU, janganlah pesongkan hati kami sehingga ke alam yang kami sendiri tidak sedar..


Semoga neuron-neuron ini, bergerak seiring, bersama dan searah, janganlah ada satu pun yang nakal-nakal ok..


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)



p/s: muhasabah diri, semoga apa yang berlaku menjadi iktibar bersama, marilah kita sama-sama berdoa semoga beliau sihat semula dan teruskan ke titik-titik akhir perjuangannya. 
p/s: sangat terkilan dengan laptop yang dibuang, hasil titik peluh selama beberapa tahun tu... mintak-mintaklah beliau ada buat backup data. Wallahuallam...



MySpace

Wednesday, April 4, 2012

Terbalik..??

Assalamualaikum...
Pertama sekali TAHNIAH kepada kawan sekolah kami yang telah tamatkan zaman bujangnya minggu lepas..
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka..
waa.. selama 6 tahun tidak berjumpa kawan-kawan teknik, semua da berubah.. huhu..

Situasi 1:(yang masih bujang yang membawa pasangan..)
"bila nak kahwin?"
"insyaAllah tak lama lagi...."

Situasi 2:  (yang sudah bertunang tunggu masa je..)
"bila tarikhnya??"
"tahun depan kalau xda aral melintang..)

Situasi 3: (yang masih bujang..)
"eh, ko ni bila nak ada pasangan??"
"emm.. belum jodoh lagi.."

Situasi 4: (member yang sudah berkahwin dan mom-to-be..)
"waaa, besanya perut, berapa bulan nih?"
"dah 3 bulan da.."

lagi sorang yang sedang pimpin anak,
"waaa, anak sorang ke?"
"taklah, aku da ada 3 anak da, lagi dua dekat ayahnya.."

ha.. tulah apa yang berlaku sekitar pertemuan di majlis tersebut, bila da dekat kenduri kahwin kompem kawan2 sibuk tanya bab kahwin je kn?? haha..
 sebenarnya nak highlight satu situasi ni.. sebab kat situ xramai member perempuan yang datang, tetiba tergerak hati menegur tunangan orang ni..

err, tunang .............. ke? bila nak langsung?
err,, kitaorang dah nikah dah minggu lepas..
gulp!!! oh ek.. xtaula plak.. xhebah2 pon..
kitaorang buat kecil-kecillan jek..
oh.. papepon tahniah yer korang...

err.. setahula masa diorang tunang dulu tengok dah macam kenduri kahwin da, 
TAPI... 
masa nikah macam xda heboh2 pon dekat facebook seperti macam tunang dulu?? emmm.. 

p/s: kita ni tak tahu pe masalah orang, mungkin ada sebab yang kita sendiri tak perlu tahu.. kepada yang sudah berkahwin, tahniah dari kami berdua, Semoga Bahagia hingga akhir hayat..

MySpace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...