Sunday, February 23, 2014

Ujian HIV test

Assalamualaikum..

waaa...

lama juga xupdate blog.. maklumlah tinggal beberapa bulan  lagi nak bergraduasi sekali lagi..
InsyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya...

Kita berusaha, Allah yang tentukan segalanya.. ..

ehem
ehem
ehem

tengah sibuk3 nak GOT ni..
kena selitkan juga isu kahwin ni..

bak kata orang, "multitasking".. siang = Research, malam= settle urusan kahwin..
huhuhu...

Alhamdulillah.. satu daripada ceklist dah selesai.. haaa..
HIV testla..

tak sakit pun, sampai ada orang lain yang nombor giliran mereka dulu, bagi laluan dekat kami.. hahaha.. takut naa.. errkkk..  semua tu psikologi kita.. kalau kita fikir sakit,sakitlah..

macam mana prosedure ni berjalan ye..

emm.. sedikit info untuk bakal pengantin yang ingin amek ujian HIV ni.. area johor la ye..

1. Ambil borang ujian HIV dekat Pejabat Agama Daerah Johor Bahru dekat tingkat 2 (Fee:: FOC)
2. Pergi Klinik Kesihatan Mahmodiah, ISI BORANG LAGI SATU (Fee= rm1 + rm 0.20 untuk pendaftaran dan sampul surat) (setiap hari buka:: 8am-4pm)
3. Pergi ke kaunter C untuk ambil darah.. alaa.. just cucuk ujung jari jek.. jangan takut2 k.. ^___^
4. Lepas tu tunggu result, nurse akan bagi result tu.. jangan buka ye.. boleh tanya keputusan dekat nurse tu.. -ve atau +ve..



proses ni, kalau ikutkan kira-kira.. dalam 30minit je.. sebab pejabat agama dan klinik kesihatan tu dekat sangat2.. so, yang berkerja sila luangkan masa anda ye.. 

ops: lagi satu, keputusan ni valid selama 6bulan..

ok tu je.. info harini.. rehat 15min da cukup..

Back to Research..

Monday, January 6, 2014

Jurnal 1.3

Assalamualaikum..

Rehat dulu rehatkan otak yang berserabut ni, jom sambung cerita..



Jika anda pergi ke Singapura, hakikatnya sangat sukar untuk mencari tempat untuk solat..

Contohnya, di shopping mall tiada disediakan surau..

Di SMRT juga tiada.. kalau anda mahu menunaikan solat, kena cari masjid yang berdekatan..

Majoriti warga singapura adalah cina, jadinya minoriti di pelopori oleh bangsa melayu..

Di sini saya sertakan di mana anda boleh menunaikan solat..

1. Naik SMRT ke China Town, Keluar Exit yang menghala Chinatown, kemudian jalan terus je sampai anda jumpa kuil sebelah kanan, terus lagi sampai simpang jalan, dan belok ke kiri..  2 atau 3 kedai dari situ, ada sebuah masjid..

Maaf tak ingat nama masjid..

jalan nak menghala pulang dari masjid ke china town (sebelah kanan)
Pintu masuk Masjid,, berdepan dengannya kedai makan

2. Sekiranya anda pergi ke Pulau Sentosa, ada satu surau yang terletak di tempat parking bawah tanah.

3. Masjid SULTAN..  Kalau anda berjalan di ARAB STREET dan Bugis Street, bolehlah pergi masjid disitu..

Keluar Exit B, lepas itu belok ke kanan, terus anda akan nampak bangunan hospital.. dekat trafik light, belok kanan, terus lagi akan jumpa trafik light kedua, selepas itu belok kiri..  terus sahaja sampai anda jumpa pintu masuk masjid.

Sumber Google..
Maaf tak dapat tangkap gambar.. sebab sampai waktu Maghrib


4. Masjid WAK TANJUNG bersebelahan stesen SMRT PAYA LEBAR (Circle Line) anda keluar je terus jumpa masjid tersebut..

Ruang solat lelaki

Sila letak kasut ditempatnya ye.. ^___^

 Setakat ini, hanya itu sahaja yang sempat pergi, InsyaALLAH.. Masjid itu ada di mana-mana..


InsyaAllah anda tidak ada masalah untuk menunaikan solat di sana..


Sunday, December 29, 2013

AA refund received

Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan dapat dah duit refund.. Walaupun hanya airport tax..
jumlah beli dulu kl-bandung rm400-2 pax
Dapay refund--- rm34
Syukur ada.. Daripada xdapat duit langsung kn.. Huhuhuhu.. Ni ada lagi nk beli tiket awal nak pergi lambat lagi.. Doa2 xda halangan nant..
Ye
Kita merancang Allah yang tentukan segalanya..
Syukur kita masih berpeluang menikmatinya..
Menurut kata prof.. Ingatlah kalau kita susah ada lagi yang susah..
Sentiasa bersyukur atas nikmatnya
Alhamdulillah..

Friday, December 27, 2013

Jurnal 1.2

Assalamualaikum..

Alhamdulillah diberi peluang untuk menjejak kaki ke Singapura sekali lagi..

Kali ini pergi sendiri tanpa tourist guide dan tanpa menaiki bas pelancong.. tapi passport kena ada ye..

semuanya sendiri..

Cara-cara nak pergi sendiri masuk ke singapura dari JB Sentral..

1. Kalau anda menaiki kereta dan mahu parking disana, disarankan letak parking ditempat yang disediakan, jangan parking dekat tepi-tepi jalan ye.. tak pasal-pasal kena saman..

Tempat yang disarankan adalah :
a. Parking lot JB sentral- RM12 sehari
b. Parking lot luar berhadapan JB Sentral- RM9 sehari

Kami parking dekat luar je sebab dekat tempat berbumbung semua penuh.. hehe..

2. Setelah parking, lalu laluan ke Imigresen Malaysia, cek passport anda ye..

3. Turun tingkat bawah dan naiki bas untuk ke Kranji atau Woodlands.

Kranji - Bas no CW1 (bas smile warna kuning)
Woodlands- Bas no 950

Tips: kalau nak cepat ke destinasi disarankan naik bas ke kranji, sebab setiap 10 minit ada woo.. harga tiket bas dalam rm1.30 ye.. duit malaysia lagi.. huhu..  kalau nak balik dari Kranji = 1.30SGD ye..

Tips: JANGAN BUANG TIKET BAS! keranaa... anda akan turun sekejap dekat Imigresen Singapore, setelah itu naik bas yang sama tadi ye.. sambil tunjuk tiket yang dibeli.. kalau tiket hilang sila beli lain ye..

Di IMIGRESEN SiNgaPUra jangan lupa isi borang warna putih, masuk2 pintu imigresen belah kanan ada meja menulis, dekat situ boleh ambil kertas putih tu..


4. Setelah sampai di destinasi samaada Woodlands atau Kranji..

DI Woodlands anda ada 2 pilihan samaada nak naik bas berhenti2 ataupun SMRT
Di Kranji = SMRT

Dan kalau anda banyak nak pergi tempat perlancongan.. disarankan naik SMRT senang sebab dia akan sampai terus dekat tempat yang dituju..

Tips: kalau anda nak pergi banyak tempat dengan menggunakan SMRT atau bas disana, disarankan beli tiket "Tourist pass Singapore" for 1 @ 2 @ 3 days.. boleh rujuk link di bawah


bayaran yang dikenakan 20SGD per pass.. disebabkan kami pergi 1 hari je.. so 1 pass 20SGD..

TIPS lagi: Sila simpan ROUTE MAP SMRT dalam phone ye.. Boleh download dekat link di bawah


5. kalau nak beli tourist pass, naik SMRT dan turun di ANG MO KIO stesen.. Bayaran tiket dari Kranji----ANG MO KIO sebanyak 2.10SGD. ataupun boleh dibeli di stesen-stesen terpilih.. buka laman web ini

setelah sampai ke sana pergi Ticket Office tu ye... kalau tak nak buat kenangan kad tu dan rasa lambat lagi nak pergi Singapore, boleh refund di mana-mana stesen dan dapat balik 10SGD!!!

Tips: Kalau tak sempat nak pulang, selepas 5 hari kad tu secara automatik jadi macam touch n go..

Tourist Pass

Standard Ticket


kalau tak nak beli pon xpe, boleh beli tiket macam biasa, jangan buang tiket standard tu,  tiket tu boleh ulang topup untuk 6 destinasi..

Contoh: dari Kranji--china town.. lepas tu nak pergi Little India pula, just topup tiket yang beli dekat kranji tu ye..

ok..

salam jumaat..
jumaat terakhir untuk tahun ini..
Alhamdulillah..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...