Friday, September 13, 2013

Jurnal 4.1

Assalamualaikum..

Salam Jumaat..
errr...
sebelum menyambung pengembaraan di bumi Beijing..

meh nak share sikit aplikasi yang sangat sangat sangat sangat berguna masa anda di luar negara.. memang saya dah guna aplikasi nih sejak masa di Bandung lagi..
InsyaAllah kalau saya boleh guna, apatah lagi anda kan.. Tanpa travel guide pun anda boleh survive tau..
yang penting
yang penting
yang penting??

Kena ada internetlah ye..  heehehe.. disamping itu jangan lupa berdoa semoga perjalanan kita dipermudahkan..

1. Google Map

google map nih, anda search je nak pergi mana, then disebabkan kita tak naik kereta tekan keretapi (subway) @ bas, nanti dia akan bagi nombor lane subway,nak keluar dekat East ke, West ke, North ke or South ke @ no.bus yang perlu dinaiki..InsyaAllah, anda tak sesat..
Kalau dekat negara China ni, baik naik subway, sebab kalau naik bas, sepatah ayat pon tak faham!! hahaha
Dinasihatkan juga anda tengok betul betul kena keluar arah mana, sebab kalau salah keluar jawabnya jauhla nak jalan..
gambar bawah kiri itu basikal yang disewa untuk orang ramai, tak payah pulangkan ke tempat asal sini, kalau destinasi anda itu ada port macam ni,tinggal je dekat situ..
Ponin2, nak pergi mana yeeee
mesin tiket subway kalau tiada kad TnG
Ha... kalau naik subway dan bas, jalan lupa beli kad ala-ala Touch 'n' Go, ia memudahkan perjalanan anda, kalau naik bas jgn terkejut harga masa scan tinggi, sebab dia akan scan untuk destinasi paling akhir, kalau anda tak scan masa turun jawabnya dia akan kira harga destinasi akhir..

Depan

Kad ni boleh beli dekat pusat bandar atau dekat kaunter subway ye.. Kad berharga RMB20 termasuk RMB10 isian, kalau taknak simpan kad ini sebagai kenangan boleh refund balik.. hehehe
Belakang












Naik bas semurah RMB1.00 = 50sen kita je.. murah tak?? ada tu pernah naik 20sen je tau..

Sila tunggu di kotak no.bas yang disediakan yeee..
Menurut penduduk disana, kerajaan cina menggalakkan rakyatnya naik bas dan subway untuk mengelakkan kemalangan jalan raya yang sangat tinggi setiap hari, dan rakyat juga tidak dibenarkan sama sekali membawa motorsikal hanya basikal biasa atau elektrik sahaja ye... Selain itu, boleh mengurangkan pencemaran udara..

2. Waze

err, aplikasi ni juga sama fungsinya macam Google Map, yang bestnya kita tak payah nak install map negara tersebut macam Papago, peta tempat kita berada akan update secara automatik..

3. Foursquare

aplikasi ni pula, kalau anda rasa nak tinggalkan jejak dekat negara mereka, bolehlah pakai ni, disamping tu kalau tak tahu nak pergi mana, ia akan tunjuk tempat paling ramai dikunjungi..



4. Peta, Kompas, Jadual bas dan Subway

Kalau tiada internet masa itu, dua benda nilah paling penting..!! Manual je.. huhuhu.. Peta dan jadual boleh didapati sebaik sahaja anda jejak kaki dekat lapangan terbang Peiking..




P/s: kalau tanya orang awam confirm sepatah pun mereka tak faham.. hahaha..

Bersambung lagi....


Thursday, September 12, 2013

Jurnal 3.2

Assalamualaikum..

dikala lab mulai sejuk yang membekukan otak.. jom renggangkan otot otot  anda semua dengan berblogging... hahaha

happy Thursday!!!

sambungan ini.. dari Jurnal 3.0.. Destinasi dan perjalanan imaginasi ke Seoul diteruskan..
..
..
..
..
..
..

6. LotteWorld

Lotte World ini tempat taman permainan yang famous di sana.. ada tempat permainan indoor dan outdoor.. disebabkan travel guide bagi masa 2jam macam tu xsempat nak explore semua.. pergi yang mana sempat je, nak main kena beratur panjang woooo, so kita pergi main yang tak ramai sangat.. jom!!


Yang paling best dekat ni Gyro Drop!! Memang mantaaapppp...

Sesiapa yang nak pergi sini disarankan pergi 1 hari, baru puas main.. huhuhu..



7. Sincheon Street, Dongdaemun dan Insadong Street

Tempat ni, memang dunia wanita.. yee, untuk wanita.. kosmetik kiri kanan depan belakang kedainya.. masuk je kedai kosmetik orang kedai tu bagi sourvenier,, huhuhu.. okla kan daripada tiada..

shawl, kasut semua murah-murah..

Sincheon
Insadong
Insadong

11. Korea University dan Dongguk University

Sebagai 'syarat' kami berGOP, dua buah universiti dapat kami lawati, cadangnya 3,tapi disebabkan top universiti di korea (Seoul National University) ada peperiksaan, makanya tinggal je dua..huhu..

Untuk pengetahuan di Seoul, 3 universiti teratas diungguli olehh::

Seoul National University (SNU)
Korea University
Yonsei University






jadinya, bila anda membuat lawatan ke sana, bila ada orang tanya universiti apa yang paling top.. jangan lupe cakap..

SKY!!! hahahaa

Wednesday, August 21, 2013

Jurnal 4.0

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sudah lebih seminggukan kita beraya.. syukur Malaysia masih aman..

Alhamdulillah, Allah memberi saya peluang untuk melawat dunianya.. Destinasi negara ke empat yang sempat saya lawati selama 5 hari ialah Beijing,China..

yee..
Beijing..
..
..
..
Pergi atas urusan research + conference disana..
Tambah lagi kami pergi untuk bercuti bersama-sama kawan satu lab dan supervisor..

Alhamdulillah, bermula dari tiket kapal terbang + hotel + belanja + makan minum (rm2000++ per pax) semua supervisor belanja..

katanya, untuk meraikan pelajar yang nak graduate bulan 9 ni dan juga hasil gigih kami hantar paper conference dan journal.. huhuhuu

omo omo omo..

Pengenalan sikit..

Tarikh: 13 Jun 2013 -18 Jun 2013

Sampai je kaki kami melangkah ke Peking Airport,Beijing dan berpandukan sekeping peta Beijing, Jadual penukaran Subway dan papan tanda Nombor Bas..

bermulalah perjalanan kami dengan langkah Bismillah..


Bersambung....
..
..
..
..
..

P/s: semoga Dr dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda ye.. insyaAllah



Thursday, August 15, 2013

Jurnal 3.1

Assalamualaikum..

Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Seoul, antara tempat yang kami sempat lawati:

1. Rumah Biru (Blue House)

Rumah ini perdana menteri dia yang diami, banyak juga pengawal keselamatan jaga, pelawat tak boleh masuk boleh tengok dari luar je, disebabkan itu kami ambil gambar luar jela, berdekatan dengannya.. huhu


2. National Folk Museum

Muzium ini menempatkan monumen monumen lama dan juga barang-barang lama orang-orang korea. Selain itu ia memaparkan struktur rumah lama pada zaman dahulu lagi, macam mana terbentuknya korea utara dan korea selatan.. kalau nak tahu sejarah korea, jangan lupa datang sini ye.. huhuhu, (saya tak minat sangat sejarah ini).. wink3..

3. Korean Traditional House

Tempat ini banyak bangunan yang dibina semula seperti zaman nenek moyang orang korea,sangat cantik dan tersergam indah bangunannya.. ada yang tak pakai paku pun rumah rumah lama ini.. 


4. War Museum

Muzium ini banyak menempatkan monumen atau senjata yang digunakan semasa peperangan korea selatan dan utara.. errkkk.. dan ada juga replika muka muka yang telah mati semasa peperangan yang diabadikan dalam bentuk 'globe'.. awesommmeee...  haaa. mereka pun ada tugu negara macam kita.. ^___^

5. Kimchi Factory and Hanbook

Kilang ini menyediakan tempat untuk pelawat (foreigner) seperti kami untuk mencuba macam mana nak buat kimchi.. Kilang dia sangat besar, bertimbun timbun kobes dekat dalam kilang tu.. Setelah diberi penerangan mengenai asal usul kimchi ini, kami berpeluang membuatnya!!! 

antara bahan yang digunakan (ingat-ingat lupa nih):  Chili paste, garlic, salt yang banyak!!, daun bawang etc.. 
pengalaman membuatnya sangat best!!

 haaa, lepas penat-penat menyalut kobis tuh, kami diberi makan kimchi pancake,rice cake, kimchi + susu ginseng.. sangat sedap kimchi ini makan fresh2 wooo.. tak sama macam makan dekat Seoul GArden.. hahaha
lepas tu, kami cuba pakai hanbook yang bersebelahan kilang ini, opps!! gambar xda.. haha..



p/s: ok, setakat ini dulu.. credit kepada kawan-kawan yang ambil gambar.. huhu.. waktu ini kamera xda lagii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...