Friday, June 27, 2014

Walimah----Part 1: Aku terima nikah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Sudah hampir sebulan kami bernikah (30 Mei 2014--- 1 Syaaban 1435H).

Syukur ke hadrat Ilahi.. Kami telah sah menjadi suami isteri..

Terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kami..

Alhamdulillah... Walaupun tak semeriah mana, segala syariat dan adat--adat perkahwinan semasa majlis berlangsung kami cuba sedaya elakkan.. walaupun ada 1 yang kami terlepas pandang dan bukan di bawah kawalan kami..

Kami juga ingin memohon maaf kepada mak, abah, dan keluarga mertua kerana boleh merealisasikan impian perkahwinan yang kami inginkan..

Alhamdulillah... Sunnah didahulukan.. Adat dijauhkan..

Sentiasa ingat pesan ahli-ahli ulama'..

Biarlah orang mengata, mulut orang kita tak dapat nak tutup.. Tapi kita tahu apa yang kita buat.. Dan kita sentiasa berdoa supaya generasi akan datang dapat menjadikan contoh untuk perkahwinan mereka nanti.. InsyaAllah...

"Perkahwinan yang diberkati adalah yang mematuhi suruhan Allah s.w.t dan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w"

Bak kata UAI;

"Belajar sampai PhD, kalau tak tahu sunnah dan hukum agama baik jangan sambung belajar.."

Perkara sunat selepas akad nikah dan takliq:

1. Solat sunat 2 rakaat
2. Sujud Syukur
3. Suami memegang ubun2 isteri dan berdoa
4. Isteri menyalami suami dan mengucapkan 2 kalimah syahadah.


ehsan prof.google



Monday, May 5, 2014

...

assalamualaikum...

sedih..

di dalam kita rasa diri ini dah dalam keadaan susah..

tapiii..

ada lagi insan yang lagi susah dari kita..

ye..

betul..

ak mendoakan kau sahabatku.. dunia akhirat..jangan sesekali mengeluh!!

ye..

sahabat yang kukenali dulu..

tabahla...

semua tu dugaan..

bak kata dia

" bekerja.. lain dugaan... belajar pun lain dugaannya"


ehsan prof.google


Salam..

p/s: jom puasa sunat!!


Sunday, April 27, 2014

Menghitung hari

Assalamualaikum..

Menghitung hari,
Detik demi detik..

erkk..
Sedar tak sedar..

di saat ku mencoret coretan ini..

ada lagi 32 hari lagii beb..

okkk..

bukan 62 hari lagi dah..

bersediakah aku?

bolehkah aku memikul tanggungjawab ini??


Semoga dipermudahkan..

Bila orang tanya pakai konsep apa??

Xda konsep2..

Jemput datang ye.. baru tahu saya pakai konsep apa..  huhu..

yang penting semoga majlis itu diredhai oleh Allah s.w.t

InsyaAllah...


Let it go..

InsyaAllah selepas semuanya selamat, akan saya coretkan di sini.. :)





Sunday, February 23, 2014

Ujian HIV test

Assalamualaikum..

waaa...

lama juga xupdate blog.. maklumlah tinggal beberapa bulan  lagi nak bergraduasi sekali lagi..
InsyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya...

Kita berusaha, Allah yang tentukan segalanya.. ..

ehem
ehem
ehem

tengah sibuk3 nak GOT ni..
kena selitkan juga isu kahwin ni..

bak kata orang, "multitasking".. siang = Research, malam= settle urusan kahwin..
huhuhu...

Alhamdulillah.. satu daripada ceklist dah selesai.. haaa..
HIV testla..

tak sakit pun, sampai ada orang lain yang nombor giliran mereka dulu, bagi laluan dekat kami.. hahaha.. takut naa.. errkkk..  semua tu psikologi kita.. kalau kita fikir sakit,sakitlah..

macam mana prosedure ni berjalan ye..

emm.. sedikit info untuk bakal pengantin yang ingin amek ujian HIV ni.. area johor la ye..

1. Ambil borang ujian HIV dekat Pejabat Agama Daerah Johor Bahru dekat tingkat 2 (Fee:: FOC)
2. Pergi Klinik Kesihatan Mahmodiah, ISI BORANG LAGI SATU (Fee= rm1 + rm 0.20 untuk pendaftaran dan sampul surat) (setiap hari buka:: 8am-4pm)
3. Pergi ke kaunter C untuk ambil darah.. alaa.. just cucuk ujung jari jek.. jangan takut2 k.. ^___^
4. Lepas tu tunggu result, nurse akan bagi result tu.. jangan buka ye.. boleh tanya keputusan dekat nurse tu.. -ve atau +ve..



proses ni, kalau ikutkan kira-kira.. dalam 30minit je.. sebab pejabat agama dan klinik kesihatan tu dekat sangat2.. so, yang berkerja sila luangkan masa anda ye.. 

ops: lagi satu, keputusan ni valid selama 6bulan..

ok tu je.. info harini.. rehat 15min da cukup..

Back to Research..

Monday, January 6, 2014

Jurnal 1.3

Assalamualaikum..

Rehat dulu rehatkan otak yang berserabut ni, jom sambung cerita..



Jika anda pergi ke Singapura, hakikatnya sangat sukar untuk mencari tempat untuk solat..

Contohnya, di shopping mall tiada disediakan surau..

Di SMRT juga tiada.. kalau anda mahu menunaikan solat, kena cari masjid yang berdekatan..

Majoriti warga singapura adalah cina, jadinya minoriti di pelopori oleh bangsa melayu..

Di sini saya sertakan di mana anda boleh menunaikan solat..

1. Naik SMRT ke China Town, Keluar Exit yang menghala Chinatown, kemudian jalan terus je sampai anda jumpa kuil sebelah kanan, terus lagi sampai simpang jalan, dan belok ke kiri..  2 atau 3 kedai dari situ, ada sebuah masjid..

Maaf tak ingat nama masjid..

jalan nak menghala pulang dari masjid ke china town (sebelah kanan)
Pintu masuk Masjid,, berdepan dengannya kedai makan

2. Sekiranya anda pergi ke Pulau Sentosa, ada satu surau yang terletak di tempat parking bawah tanah.

3. Masjid SULTAN..  Kalau anda berjalan di ARAB STREET dan Bugis Street, bolehlah pergi masjid disitu..

Keluar Exit B, lepas itu belok ke kanan, terus anda akan nampak bangunan hospital.. dekat trafik light, belok kanan, terus lagi akan jumpa trafik light kedua, selepas itu belok kiri..  terus sahaja sampai anda jumpa pintu masuk masjid.

Sumber Google..
Maaf tak dapat tangkap gambar.. sebab sampai waktu Maghrib


4. Masjid WAK TANJUNG bersebelahan stesen SMRT PAYA LEBAR (Circle Line) anda keluar je terus jumpa masjid tersebut..

Ruang solat lelaki

Sila letak kasut ditempatnya ye.. ^___^

 Setakat ini, hanya itu sahaja yang sempat pergi, InsyaALLAH.. Masjid itu ada di mana-mana..


InsyaAllah anda tidak ada masalah untuk menunaikan solat di sana..


Sunday, December 29, 2013

AA refund received

Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan dapat dah duit refund.. Walaupun hanya airport tax..
jumlah beli dulu kl-bandung rm400-2 pax
Dapay refund--- rm34
Syukur ada.. Daripada xdapat duit langsung kn.. Huhuhuhu.. Ni ada lagi nk beli tiket awal nak pergi lambat lagi.. Doa2 xda halangan nant..
Ye
Kita merancang Allah yang tentukan segalanya..
Syukur kita masih berpeluang menikmatinya..
Menurut kata prof.. Ingatlah kalau kita susah ada lagi yang susah..
Sentiasa bersyukur atas nikmatnya
Alhamdulillah..

Friday, December 27, 2013

Jurnal 1.2

Assalamualaikum..

Alhamdulillah diberi peluang untuk menjejak kaki ke Singapura sekali lagi..

Kali ini pergi sendiri tanpa tourist guide dan tanpa menaiki bas pelancong.. tapi passport kena ada ye..

semuanya sendiri..

Cara-cara nak pergi sendiri masuk ke singapura dari JB Sentral..

1. Kalau anda menaiki kereta dan mahu parking disana, disarankan letak parking ditempat yang disediakan, jangan parking dekat tepi-tepi jalan ye.. tak pasal-pasal kena saman..

Tempat yang disarankan adalah :
a. Parking lot JB sentral- RM12 sehari
b. Parking lot luar berhadapan JB Sentral- RM9 sehari

Kami parking dekat luar je sebab dekat tempat berbumbung semua penuh.. hehe..

2. Setelah parking, lalu laluan ke Imigresen Malaysia, cek passport anda ye..

3. Turun tingkat bawah dan naiki bas untuk ke Kranji atau Woodlands.

Kranji - Bas no CW1 (bas smile warna kuning)
Woodlands- Bas no 950

Tips: kalau nak cepat ke destinasi disarankan naik bas ke kranji, sebab setiap 10 minit ada woo.. harga tiket bas dalam rm1.30 ye.. duit malaysia lagi.. huhu..  kalau nak balik dari Kranji = 1.30SGD ye..

Tips: JANGAN BUANG TIKET BAS! keranaa... anda akan turun sekejap dekat Imigresen Singapore, setelah itu naik bas yang sama tadi ye.. sambil tunjuk tiket yang dibeli.. kalau tiket hilang sila beli lain ye..

Di IMIGRESEN SiNgaPUra jangan lupa isi borang warna putih, masuk2 pintu imigresen belah kanan ada meja menulis, dekat situ boleh ambil kertas putih tu..


4. Setelah sampai di destinasi samaada Woodlands atau Kranji..

DI Woodlands anda ada 2 pilihan samaada nak naik bas berhenti2 ataupun SMRT
Di Kranji = SMRT

Dan kalau anda banyak nak pergi tempat perlancongan.. disarankan naik SMRT senang sebab dia akan sampai terus dekat tempat yang dituju..

Tips: kalau anda nak pergi banyak tempat dengan menggunakan SMRT atau bas disana, disarankan beli tiket "Tourist pass Singapore" for 1 @ 2 @ 3 days.. boleh rujuk link di bawah


bayaran yang dikenakan 20SGD per pass.. disebabkan kami pergi 1 hari je.. so 1 pass 20SGD..

TIPS lagi: Sila simpan ROUTE MAP SMRT dalam phone ye.. Boleh download dekat link di bawah


5. kalau nak beli tourist pass, naik SMRT dan turun di ANG MO KIO stesen.. Bayaran tiket dari Kranji----ANG MO KIO sebanyak 2.10SGD. ataupun boleh dibeli di stesen-stesen terpilih.. buka laman web ini

setelah sampai ke sana pergi Ticket Office tu ye... kalau tak nak buat kenangan kad tu dan rasa lambat lagi nak pergi Singapore, boleh refund di mana-mana stesen dan dapat balik 10SGD!!!

Tips: Kalau tak sempat nak pulang, selepas 5 hari kad tu secara automatik jadi macam touch n go..

Tourist Pass

Standard Ticket


kalau tak nak beli pon xpe, boleh beli tiket macam biasa, jangan buang tiket standard tu,  tiket tu boleh ulang topup untuk 6 destinasi..

Contoh: dari Kranji--china town.. lepas tu nak pergi Little India pula, just topup tiket yang beli dekat kranji tu ye..

ok..

salam jumaat..
jumaat terakhir untuk tahun ini..
Alhamdulillah..









Monday, December 23, 2013

AA refund

Assalamualaikum..

 disebabkan tidak jadi join kawan-kawan yang lain bercuti dan ber'reunion' di Bandung, Indonesia..
 telah ambil keputusan untuk meng'refund' tiket AA..

 nak tau macam mana??
 klik je link dibawah..

http://www.airasia.com/my/en/e-form.page

 kalau nak tau apa je anda boleh refund boleh refer pada page ni plak..

http://www.airasia.com/my/en/our-fares/fees-and-charges.page

 huhu.. tapi satu je masalah yang timbul.. walaupun anda tahu boleh refund airport taxes, tapi mereka tiada nyatakan jumlah berapa yang akan dipulangkan nanti.. adakah dikira per person atau penama akaun sahaja..  hanya ayat sahaja dalam isi kandungannya.. hahaha



jadinya.. tunggu 2hari lagi, berapakah jumlah yang akan dimasukkan semula..

wait and see..
bersambung sehingga tahu jumlah yang dapat

hahaha

ok


Thursday, October 24, 2013

Reunion Cancel!!!

Assalamualaikum..

di saat ini,

ketika ini,

waktu ini....

aku dah bersiap2 bersama2 mereka bertolak ke LCCT..

tapi apa aku buat sekarang??

Research

Research

Research

sedih xdapat join mereka. cuci mata. bercuti. bergosip.

ohh.. lenyaplah angan2 ku nak beli baju nikah dekat sana. pertama kali pergi dah target dah..

tapi

tapi

perancangan Allah itu lebih teratur dan indah.


yeee.. ada sebab kenapa ko tak boleh join mereka ok.. mungkin ada yang lebih baik dari pergi berfoya2.betul x..

kepada kawan2 yang dah bertolak pergi jakarta dulu. bakal bertolak pukul 3pm dan 7pm (flight aku..sempat lagi nih!!!!!! huhu)  selamat bercuti ye... jangan lupa strawberry dari gunung!! hahaha

oh bandung. see u again later and later and later...
this ticket i will refund after them departured!!!
refund???


yeee.. boleh tapi airport tax je ye.. okla tu kan daripada xda langsung n burn mcm tu jek.. huhuhu

okk. xnk pk da!!

Stop!!!!

Friday, September 13, 2013

Jurnal 4.1

Assalamualaikum..

Salam Jumaat..
errr...
sebelum menyambung pengembaraan di bumi Beijing..

meh nak share sikit aplikasi yang sangat sangat sangat sangat berguna masa anda di luar negara.. memang saya dah guna aplikasi nih sejak masa di Bandung lagi..
InsyaAllah kalau saya boleh guna, apatah lagi anda kan.. Tanpa travel guide pun anda boleh survive tau..
yang penting
yang penting
yang penting??

Kena ada internetlah ye..  heehehe.. disamping itu jangan lupa berdoa semoga perjalanan kita dipermudahkan..

1. Google Map

google map nih, anda search je nak pergi mana, then disebabkan kita tak naik kereta tekan keretapi (subway) @ bas, nanti dia akan bagi nombor lane subway,nak keluar dekat East ke, West ke, North ke or South ke @ no.bus yang perlu dinaiki..InsyaAllah, anda tak sesat..
Kalau dekat negara China ni, baik naik subway, sebab kalau naik bas, sepatah ayat pon tak faham!! hahaha
Dinasihatkan juga anda tengok betul betul kena keluar arah mana, sebab kalau salah keluar jawabnya jauhla nak jalan..
gambar bawah kiri itu basikal yang disewa untuk orang ramai, tak payah pulangkan ke tempat asal sini, kalau destinasi anda itu ada port macam ni,tinggal je dekat situ..
Ponin2, nak pergi mana yeeee
mesin tiket subway kalau tiada kad TnG
Ha... kalau naik subway dan bas, jalan lupa beli kad ala-ala Touch 'n' Go, ia memudahkan perjalanan anda, kalau naik bas jgn terkejut harga masa scan tinggi, sebab dia akan scan untuk destinasi paling akhir, kalau anda tak scan masa turun jawabnya dia akan kira harga destinasi akhir..

Depan

Kad ni boleh beli dekat pusat bandar atau dekat kaunter subway ye.. Kad berharga RMB20 termasuk RMB10 isian, kalau taknak simpan kad ini sebagai kenangan boleh refund balik.. hehehe
Belakang












Naik bas semurah RMB1.00 = 50sen kita je.. murah tak?? ada tu pernah naik 20sen je tau..

Sila tunggu di kotak no.bas yang disediakan yeee..
Menurut penduduk disana, kerajaan cina menggalakkan rakyatnya naik bas dan subway untuk mengelakkan kemalangan jalan raya yang sangat tinggi setiap hari, dan rakyat juga tidak dibenarkan sama sekali membawa motorsikal hanya basikal biasa atau elektrik sahaja ye... Selain itu, boleh mengurangkan pencemaran udara..

2. Waze

err, aplikasi ni juga sama fungsinya macam Google Map, yang bestnya kita tak payah nak install map negara tersebut macam Papago, peta tempat kita berada akan update secara automatik..

3. Foursquare

aplikasi ni pula, kalau anda rasa nak tinggalkan jejak dekat negara mereka, bolehlah pakai ni, disamping tu kalau tak tahu nak pergi mana, ia akan tunjuk tempat paling ramai dikunjungi..



4. Peta, Kompas, Jadual bas dan Subway

Kalau tiada internet masa itu, dua benda nilah paling penting..!! Manual je.. huhuhu.. Peta dan jadual boleh didapati sebaik sahaja anda jejak kaki dekat lapangan terbang Peiking..




P/s: kalau tanya orang awam confirm sepatah pun mereka tak faham.. hahaha..

Bersambung lagi....


Thursday, September 12, 2013

Jurnal 3.2

Assalamualaikum..

dikala lab mulai sejuk yang membekukan otak.. jom renggangkan otot otot  anda semua dengan berblogging... hahaha

happy Thursday!!!

sambungan ini.. dari Jurnal 3.0.. Destinasi dan perjalanan imaginasi ke Seoul diteruskan..
..
..
..
..
..
..

6. LotteWorld

Lotte World ini tempat taman permainan yang famous di sana.. ada tempat permainan indoor dan outdoor.. disebabkan travel guide bagi masa 2jam macam tu xsempat nak explore semua.. pergi yang mana sempat je, nak main kena beratur panjang woooo, so kita pergi main yang tak ramai sangat.. jom!!


Yang paling best dekat ni Gyro Drop!! Memang mantaaapppp...

Sesiapa yang nak pergi sini disarankan pergi 1 hari, baru puas main.. huhuhu..



7. Sincheon Street, Dongdaemun dan Insadong Street

Tempat ni, memang dunia wanita.. yee, untuk wanita.. kosmetik kiri kanan depan belakang kedainya.. masuk je kedai kosmetik orang kedai tu bagi sourvenier,, huhuhu.. okla kan daripada tiada..

shawl, kasut semua murah-murah..

Sincheon
Insadong
Insadong

11. Korea University dan Dongguk University

Sebagai 'syarat' kami berGOP, dua buah universiti dapat kami lawati, cadangnya 3,tapi disebabkan top universiti di korea (Seoul National University) ada peperiksaan, makanya tinggal je dua..huhu..

Untuk pengetahuan di Seoul, 3 universiti teratas diungguli olehh::

Seoul National University (SNU)
Korea University
Yonsei University






jadinya, bila anda membuat lawatan ke sana, bila ada orang tanya universiti apa yang paling top.. jangan lupe cakap..

SKY!!! hahahaa

Wednesday, August 21, 2013

Jurnal 4.0

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sudah lebih seminggukan kita beraya.. syukur Malaysia masih aman..

Alhamdulillah, Allah memberi saya peluang untuk melawat dunianya.. Destinasi negara ke empat yang sempat saya lawati selama 5 hari ialah Beijing,China..

yee..
Beijing..
..
..
..
Pergi atas urusan research + conference disana..
Tambah lagi kami pergi untuk bercuti bersama-sama kawan satu lab dan supervisor..

Alhamdulillah, bermula dari tiket kapal terbang + hotel + belanja + makan minum (rm2000++ per pax) semua supervisor belanja..

katanya, untuk meraikan pelajar yang nak graduate bulan 9 ni dan juga hasil gigih kami hantar paper conference dan journal.. huhuhuu

omo omo omo..

Pengenalan sikit..

Tarikh: 13 Jun 2013 -18 Jun 2013

Sampai je kaki kami melangkah ke Peking Airport,Beijing dan berpandukan sekeping peta Beijing, Jadual penukaran Subway dan papan tanda Nombor Bas..

bermulalah perjalanan kami dengan langkah Bismillah..


Bersambung....
..
..
..
..
..

P/s: semoga Dr dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda ye.. insyaAllah



Thursday, August 15, 2013

Jurnal 3.1

Assalamualaikum..

Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Seoul, antara tempat yang kami sempat lawati:

1. Rumah Biru (Blue House)

Rumah ini perdana menteri dia yang diami, banyak juga pengawal keselamatan jaga, pelawat tak boleh masuk boleh tengok dari luar je, disebabkan itu kami ambil gambar luar jela, berdekatan dengannya.. huhu


2. National Folk Museum

Muzium ini menempatkan monumen monumen lama dan juga barang-barang lama orang-orang korea. Selain itu ia memaparkan struktur rumah lama pada zaman dahulu lagi, macam mana terbentuknya korea utara dan korea selatan.. kalau nak tahu sejarah korea, jangan lupa datang sini ye.. huhuhu, (saya tak minat sangat sejarah ini).. wink3..

3. Korean Traditional House

Tempat ini banyak bangunan yang dibina semula seperti zaman nenek moyang orang korea,sangat cantik dan tersergam indah bangunannya.. ada yang tak pakai paku pun rumah rumah lama ini.. 


4. War Museum

Muzium ini banyak menempatkan monumen atau senjata yang digunakan semasa peperangan korea selatan dan utara.. errkkk.. dan ada juga replika muka muka yang telah mati semasa peperangan yang diabadikan dalam bentuk 'globe'.. awesommmeee...  haaa. mereka pun ada tugu negara macam kita.. ^___^

5. Kimchi Factory and Hanbook

Kilang ini menyediakan tempat untuk pelawat (foreigner) seperti kami untuk mencuba macam mana nak buat kimchi.. Kilang dia sangat besar, bertimbun timbun kobes dekat dalam kilang tu.. Setelah diberi penerangan mengenai asal usul kimchi ini, kami berpeluang membuatnya!!! 

antara bahan yang digunakan (ingat-ingat lupa nih):  Chili paste, garlic, salt yang banyak!!, daun bawang etc.. 
pengalaman membuatnya sangat best!!

 haaa, lepas penat-penat menyalut kobis tuh, kami diberi makan kimchi pancake,rice cake, kimchi + susu ginseng.. sangat sedap kimchi ini makan fresh2 wooo.. tak sama macam makan dekat Seoul GArden.. hahaha
lepas tu, kami cuba pakai hanbook yang bersebelahan kilang ini, opps!! gambar xda.. haha..



p/s: ok, setakat ini dulu.. credit kepada kawan-kawan yang ambil gambar.. huhu.. waktu ini kamera xda lagii

Wednesday, August 14, 2013

Jurnal 3.0

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN..

sedang menyusun-nyusun fail dalam laptop ini, terjumpa gambar lama.. ohh.. kenangan..


8-14/12/2010 (Musim Sejuk)- SEOUL, KOREA



emm, tak adalah lama sangat dalam 2tahun je, tapi betullah, kenangan, pengalaman ia tak akan luput dek zaman dan usia..

 Sentiasa mekar dan bercambah rindunya..

haa, nak cerita sikit kami 1 kelas masa ijazah dulu pernah mengikuti program GOP (Global Outreach Programme)..

Destinasi yang dipilih?

SEOUL,KOREA..!!

Mengikut ura-ura kamilah batch pertama tau pergi sini dengan mengikuti program nii..

Dekat 1 sem jugalah gagah kumpul duit nak pergi..

dengan cari penaja, minta sumbangan, berniaga bazar, jual baju, kerepek, kek lapis dan macam-macam lagi..


jumlah seorang lebih kurang RM2300 termasuk tiket kapal terbang, hotel + makan..


hhaaa, kalau yang bekerja dah kata murah tak gitu?

tapi zaman kami 3 tahun lepas, dengan bergelar mahasiswa, berkerah juga mencari duit tau x..pinjam FAMA lagi.. hehe

jadual bawah ni apa yang dirancang oleh agen kami..


nak tahu lebih lanjut mehla ke blog kelas kami, ssemua da menceritakan pahit manis kami sebelum dan selepas..


OUR JOURNEY

Monday, August 5, 2013

Tak popular tapi memuaskan

Assalamualaikum...

lamanya tak memandang blog ni..

huhu.. kekangan masa mungkin..

nak cerita satu pengalaman, anda pernah naik firefly??

pernah? tak banyak iklan kan?  serius dulu tak pernah pandang sikit pon syarikat penerbangan ini, asyik asyik airasia, mas airlines..

tapi..

diam tak diam bila Dr beli tiket untuk ke subang ada meeting..

..
.
.
.
.
.
.
.
.

SAYA JATUH CINTA OK!!

nak tau sebab apa?

1. tempat duduk dua dua je. purata kerusi ada 38 je..



2. setiap masa dia terbang bawah awan wooo.. sesiapa yang suka tengok permandangan pilihla ni.




3. .walaupun masa penerbangan singkat, mereka akan bagi makanan ringan, air jus, muffin dan kacang dan biskut pun ada (sama macam mas)



 bukan nak promote, tapi ini lain dari syarikat penerbangan yang lain..

tapii.. yang tak sedap mata memandang pramugari je.. wink3..

hehehe..haa.. ada syarikat penerbangan namanya "Malindo".. katanya murah juga.. jom cek, manala tau boleh pergi kota bharu pula..



nice experience..


p/s: ada puasa berbaki ni, jom tambahkan amalan untuk mencari malam LailatuQadar.. insyaAllah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...